Isu Kain Rentang Berunsvr Prov0kasi dan Kesat, Polis Buat Siasatan dan Cari Dalang

Semasa Tempatan

IPOH: Polis membuka kertas inkuiri bagi menyiasat kes tular di media sosial memaparkan kain rentang yang tertera tulisan berunsurkan prov0kasi dan kes4t di dua lokasi di Ipoh malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat kain rentang dengan kata-kata jelik yang digantvng di Stadium Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz

Manakala satu lagi kain rentang tertera kata-kata kes4t yang digantvng di jejantas Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh kira-kira jam 9 malam Ahad.

Kain Rentang Tidak Dijumpai Di Jejantas Tetapi Jumpa Di Tempat Lain

“Sepasukan anggota polis dari Balai Polis Sungai Senam telah melakukan pemeriksaan lokasi berkenaan kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi di Stadium Perak.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota polis mendapati kain rentang tersebut telah tiada. Hasil pemeriksaan di lokasi sekitar juga gagal menemui kain rentang berkenaan.

“Hasil si4satan di tempat kejadian tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kawasan sekitar . Tiada saksi bebas yang tampil untuk dirakam keterangan bagi membantu si4satan.

“Pihak polis sudah membuka kertas inkuiri bagi membolehkan si4satan dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kain Rentang Di Medan Selera Pula

Ipoh | Polis buka KEP siasat kain rentang kata hinaan - 'Polıs'

Tambahnya, pasukan bertindak khas Balai Polis Sungai Senam turut mendapati tiada kain rentang yang digantvng di Jejantas HRPB.

“Pemeriksaan di kawasan sekitar dilakukan dan telah menemukan kain rentang berwarna putih dengan tulisan merah dan hitam di dalam tong sampah di hentian bas Jalan Raja Ashman Shah menghala ke Pasar Raya Angsana Mall,” katanya lagi.

Pada Ahad, insiden kain rentang itu tular di media sosial, termasuk s4lah satunya yang berbaur mak1an serta tertera angka ‘317 kes’, dipercayai berkaitan peningkatan kes C0VID-19.

 

Sumber: Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.