Kartel daging ajak bincang isu, PPIM enggan layan

Semasa Tempatan Viral

Kuala Lumpur: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mended4hkan, rangkaian kartel daging ada menghubungi pihaknya untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan isu terbabit yang semakin panas susulan pended4han mengenai kegiatan itu baru-baru ini.

Nadzim berkata, bagaimanapun, dia tidak melayani permintaan mereka untuk berjumpa kerana tidak mahu terbab1t dalam isu itu.

Menurutnya, PPIM mencadangkan agar satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat kepada kerajaan mengenai perkara ini.

“Pasukan khas ini akan memberikan maklumat dan pada masa sama mencari kaedah bagi mengelak perkara sama berlaku.

“Kita jemput semua pertubuhan bukan kerajaan untuk bersama-sama dalam pasukan ini untuk mencari jalan penyelesaian menerusi maklumat yang ada kerana sesuatu perlu dilakukan segera,” katanya pada sidang media hari ini.

NADZIM (kiri) bercakap ketika sidang media di Pejabat PPIM. FOTO Asyraf Hamzah

Hadir sama Aktivis PPIM Sheikh Abdul Karim Said Khadaied.

Nadzim turut mended4hkan bahawa ada kartel sengaja memainkan isu bahawa Malaysia tidak sesuai menjadi hub penternakan lembu.

Katanya, berdasarkan semakan, d4kwaan itu datang daripada rangkaian kartel yang turut terbab1t dalam isu yang dibangkitkan kebelakangan ini.

Isu kartel daging haram dibahaskan di Dewan Negara | Harian Metro

Selain itu, beliau juga mended4hkan maklumat diterima pihaknya mengenai kewujudan daging kanggaru menggunakan status halal sejak 1981 lagi di negara ini.

Katanya, perkara berbangk1t mengenai halal perlu diselesaikan pihak berwajib kerana ia membabitkan imej negara sebagai peneraju pensijilan halal.

“Saya dihubungi menerusi nota dari rakan luar negara bertanyakan isu ini. Dulu Cadbury dan kini daging pula.

“Imej kita terjej4s. Kita semua perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi perkara ini,” katanya.

Pada sidang media itu Nadzim turut mengulangi cadangan pihaknya supaya Akta Halal diwujudkan bagi menyelesaikan semua isu berkaitan halal di negara ini.

Katanya, perkara itu pernah dibincangkan sekitar tahun 2000, namun tiada perubahan sehingga hari ini.

Kerajaan masih tunggu hasil sias4tan kartel daging h4ram

TAKIYUDDIN (dua kiri) menyerahkan replika cek kepada penerima sempena Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Badan Kebajikan di Kedah. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Dalam pada itu, Kerajaan akan melakukan sias4tan sehingga ke akar umbi berhubung isu kartel daging h4ram membabitkan agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Suruhanjaya Penceg4han R4suah Malaysia (SPRM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sehingga kini sias4tan mengenai perkara itu masih dijalankan dan kerajaan belum menerima laporan hasil sias4tan.

“Saya difahamkan, pihak berkuasa sudah mengambil tindakan untuk membuat sias4tan sehingga ke akar umbi, jadi sias4tan dilakukan antara kementerian berkaitan iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri kerana ia membabitkan sijil halal.

“Sias4tan dibuat berdasarkan perundangan menjuruskan ke arah keperluan-keperluan perundangan ‘Requirement of Law’, sekiranya ada pelanggaran peruntukkan undang-undang, tindakan akan diambil mengikut undang-undang itu, jadi kita tunggu laporan sias4tan nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, Takiyudin yang juga Menteri Penyelaras Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah berkata, pihaknya yakin isu kartel daging h4ram ini isu yang sangat besar dan pengumuman rasmi hasil sias4tan akan dilakukan oleh menteri-menteri berkaitan.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri akan mengumumkan mengenai perkara itu.

“Buat masa ini saya tidak boleh ulas lanjut mengenainya, kita tunggu hasil sias4tan,” katanya.

Selasa lalu, Harian Metro melaporkan, Pengarah Jabatan Sias4tan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed percaya, kegiatan kartel daging import yang menggunakan label halal palsu itu membabitkan rangkaian luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara.

Setakat ini, polis menerima 13 laporan daripada orang awam di seluruh negara yang gvsar dengan kemunculan isu berkenaan selepas Harian Metro melaporkan keg1atan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari beberapa negara sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

 

Sumber: Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.