Jadikan PRN Sabah iktibar, KKM cadang tidak diadakan pilihan raya buat masa ini

Nasihat & Panduan Semasa Tempatan

Dalam sidang media perkembangan C0vid-19 petang tadi, Ketua Pengarah kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah meminta supaya tidak diadakan pilihan raya dalam waktu terdekat ini.

Menerusi laporan Harian Metro, beliau memaklumkan sudah mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengemukakan beberapa cadangan.

Jadikan PRN yang lepas pengajaran

Hal ini melihat daripada keadaan yang berlaku di Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu dimana kes p0sitif mend4dak sehingga ke empat angka dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

“Cadangan kami adalah supaya tidak diadakan pilihan raya buat masa ini.”

“Jika pilihan raya terpaksa diadakan, mungkin kita perlu melihat kepada beberapa tindakan lain seperti tidak boleh rentas negeri dan daerah atau balik kampung untuk mengundi,” katanya.

Perlu fokus kepada 3 perkara

Namun begitu jika pilihan raya terpaksa juga dilakukan, pihak SPR perlu menfokuskan tiga perkara semasa pilihan raya iaitu cara berkempen, tiada lawatan dari rumah ke rumah dan undi pos.

“Selain itu, kita perlu menambah baik prosedur operasi standard (SOP) berkaitan yang sedia ada bagi meminimumkan penularan jangkitan Covid-19.

“Walaupun SOP sudah ada, apa yang penting adalah kepatuhan kepada SOP itu.” tambah Dr Noor Hisham.

 

Sebelum ini, SPR menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.185 Batu Sapi, Sabah.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 23 November ini manakala, tarikh undi awal pada 1 Disember ini.

Abdul Ghani turut dipetik berkata, SPR menasihati mana-mana pihak supaya tidak melaksanakan sebarang pilihan raya negeri termasuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat susulan p4ndemik C0vid-19.

Terus duduk dirumah

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga terus menasihati rakyat agar duduk di rumah dan keluar jika ada keperluan sahaja demi memastikan rantaian penularan C0vid-19 dapat diputuskan dengan segera.

Perkembangan kes hari ini

Pada hari ini, kes p0sitif C0vid-19 dilihat sedikit menurun berbanding semalam dengan 835 kes. Terdapat 674 kes dilaporkan sembuh dan dibenarkan discaj daripada wad.

Manakala 89 kes pula ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat dua kes kematian dicatatkan dan menjadikan kes kem4tian keseluruhan setakat ini sebanyak 238 kes.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 230 kluster C0vid-19 dilaporkan sejak p4ndemik itu melanda negara dan sebanyak 62 kluster atau 30 peratus berkaitan tempat kerja.

Katanya, sehingga semalam, sebanyak 37 kluster berkaitan tempat kerja yang masih aktif termasuk dua kluster baharu diumumkan semalam.

“KKM amat berterima kasih dan menyampaikan penghargaan kepada majikan dan syarikat swasta dalam bersama membantu mengekang penvlaran C0vid-19 dalam kalangan warga kerja.

“Tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan terhadap pekerja membolehkan pengesanan kes p0sitif tidak bergej4la dalam kalangan warga kerja dan seterusnya membantu KKM menjalankan aktiviti kesihatan awam dengan segera,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro (Saipul Adli Mohamad & Raja Noraina Raja Rahim), KKM, OMM, K! Online

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.