Rupanya guna FB isteri tinggaIkan k0men jelik di Live MKN, Suami Isteri ini m0hon maaf

Keluarga Tempatan Viral

PETALING JAYA – Seorang wanita kesal selepas akaun Facebooknya digunakan oleh suaminya untuk memberi komen berbaur lucah di siaran langsung Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri semalam.

Perkara tersebut menjadi tular selepas komen berkenaan dikecam teruk oleh ramai pengguna Facebook.

Bagaimanapun, pemilik sebenar akaun tersebut yang dikenali sebagai Dilla, telah memuatnaik satu hantaran status bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Isteri luah perasaan

“Akaun Facebook itu milik saya, Puan Dilla. Tiada kata-kata untuk saya ungkapkan sebagai seorang perempuan yang beragama islam, seorang guru, seorang anak, seorang isteri.

“Apa tindakan saya sebagai seorang isteri yang bila mana suami menggunakan akaun Facebook saya meluahkan kata-kata seperti itu. Walaupun saya telah p4dam, benda dah terseb4r. Dan saya rasakan ini uj1an bagi saya. Allahuakbar,” katanya.

Suami wanita itu pula tampil jelaskan cerita sebenar

Beberapa jam selepas kenyataan pemilik akaun sebenar itu dimuat naik, seorang lelaki yang mend4kwa dirinya merupakan suami kepada wanita terbabit telah memuatnaik sebuah klip video pengakuan dan mem0hon maaf.

“Saya sebenarnya yang menulis komen itu menggunakan telefon isteri saya tanpa pengetahuannya. Sebenarnya, komen itu ditujukan kepada pihak kerajaan agar segera t4matkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Jadi, saya minta abaikan komen tersebut. Saya akui status itu tidak el0k dibaca oleh orang ramai,” jelasnya dalam sebuah video berdurasi lapan minit.

Menurutnya, komen itu telah dip4dam kira-kira sepuluh minit kemudian tetapi sempat dirakam oleh pengguna lain.

Difahamkan, akaun Facebook milik kedua-dua pasangan suami isteri itu kini telah dinyahaktif.

Tangkap layar di twitter ciapan berkenaan dengan kes ini..

Semoga Allah bantu puan ni..

Kesian..

Antara komen-komen ntizen

Sepatutnya suami lindungi marvah isteri..

 

Sumber: K! ONLINE, Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.