“Queen AJL is Back..” Ramai Tak Sangka Dato Siti Muncul, Tapi Mic Rosak Buat Spoil!

Hiburan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini menyatakan tetap dengan pendiriannya untuk tidak bertanding di pentas pertandingan nyanyian.

Lagu nyanyiannya, Anta Permana dikatakan dipertandingkan untuk Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34)

“Setakat ini, saya memang tetap dengan pendirian dan kata-kata saya untuk tidak bertanding lagi.

“Kalau ikutkan saya memang nak berehat, saya pun dah bercakap mengenai perkara ini. Buat masa ini saya belum terbuka hati untuk menyertai AJL34,” ujarnya ringkas.

Semasa pemilihan separuh akhir AJL34, Bob diberi tanggungjawab membawa lagu ini.

Menurut Siti, 40, Bob penyanyi yang versatil dan pilihan tepat menyampaikan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu.

Image

“Apabila diberi tanggungjawab saya tahu Bob boleh lakukan yang terbaik. Walaupun ada komen yang suka dan tidak, bagi saya ia perkara biasa.

“Kami memilih Bob sebab dia bagus menyanyikan lagu sebegini. Pendek kata, dia ada kelebihan tersendiri.

Namun Dato Siti membuat kejutan di saat akhir apabila kemunculannya menyanyikan lagu pada part akhir anta permana bersama dengan bob AF

Namun kejutan tersebut tidak kesampaian apabila mic yang di pegang Tok Ti rosak membuatkan penonton terpinga-pinga. Hanya beberapa saat mic kembali ok..

Image

Kemunculan Dato Siti mengubati kerinduan ramai peminatnya..

sumber : twitter