Sempena Hari Wanita Sedunia, Raja Syahiran Muat Naik Foto Bakal Isteri Bersama Ibu & Bakal Ibu Mertua

Nampaknya tidak lama lagi akan ada berita penyatuan dua jiwa apabila Raja Syahiran kini telah memuat naik foto bakal suri hatinya iaitu pengacara Uyaina Arshad bersama dengan ibu masing-masing.

Seperti yang kita tahu, sekitar November tahun lalu, Uyaina telah dirisik oleh keluarga Raja Syahiran yang mana ia menandakan mereka berdua bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“Keluarga Syahiran sudah datang bertemu keluarga saya untuk mer1sik pada November tahun lalu. 

Alhamdulillah, pertemuan dua belah keluarga berjalan lancar, namun atas permintaan keluarga, kami terp4ksa merahs1akannya sebelum ini,” jelasnya.

Selain itu, menurut pengacara berusia 29 tahun itu, pada majlis mer1sik diadakan, ibu Syahiran turut memberi sebentuk cincin sebagai tanda merisik.

“Pada hari terbabit tiada majlis dibuat, malah saya pun tak sempat bersiap.  Ibu Syahiran sekadar datang memberikan sebentuk cincin sebagai tanda mer1sik dan kedua-dua belah keluarga saling berkenalan,” katanya.

Uyaina Arshad sudah dirisik keluarga kekasih | Harian Metro

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang jatvh pada tarikh 8 Mac, Syahiran mengambil peluang untuk memuat naik foto ketiga-tiga wanita yang bakal melengkapkan hidupnya tidak lama lagi.

Syahiran memuat naik foto Uyaina bersama dengan ibu Uyaina dan ibunya sendiri berserta caption yang sangat sweet!

Uyaina nampak sangat gembira apabila dikelilingi oleh kedua-dua wanita yang bergelar ibu itu.

Caption yang ditulis itu menunjukkan bahawa Syahiran benar-benar menghargai kewujudan ketiga-tiga wanita itu di dalam hidupnya.

Awhh… Thank you, love 

 

Dikesempatan ini, kami turut ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita yang telah berusah daripada dulu sehingga kini.

Apa pun, semoga urusan Uyaina dan Raja Syahiran akan dipermudahkan, tak sabar nak tengok mereka berdua duduk atas pelamin!

 

Sumber: Instagram Raja Syahiran, HOTFM, Riverbed

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf