Ramai dah tak sabar! Drama popular Kampung People 2 mulai ditayang esok

Hiburan Keluarga Tempatan

Selepas mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton, drama fenomena Kampung People kembali untuk musim kedua yang mula bersiaran Khamis ini, jam 9 malam di slot Lestary, TV3.

Memetik laporan Harian Metro, drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu masih mengekalkan pelakon yang sama serta penampilan istimewa Adibah Noor (Dona) sebagai ibu Mona.

Pak Abu dengar.."- Kampung People musim kedua? Ini dedah Rashidi Ishak

Lailer dan Jekfer is back!!" Drama Kampung People Musim 2 Kini Dalam Pembikinan | YOY Network

Bagi sinopsis musim kedua ini, keluarga Razif (Rashidi Ishak) telah kembali ke rutin asal selepas Tuan Shuhaimi (Nam Ron) dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan.

Bagaimanapun, suami kepada Mona (Elly Mazlein) itu mula merindui suasana kampung selain tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar.

Justeru untuk memujuk isterinya yang ala-ala ‘datin’ itu, Razif terpaksa berbohong bahawa mereka masih dicari Cengkih Manis dan perlu pindah ke kampung secepat mungkin.

is the nation ready?" Nampaknya Kampung People Musim Kedua Akan Datang September Ini

Drama Kampung People 2 (TV3) | MyInfotaip

Selain Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Hun Haqeem, drama terbitan KL Motion Pictures itu turut dilakonkan oleh Datuk Fizz Fairuz, Nam Ron serta Kamarul Eqifshah.

 

Sumber : Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Drama Sangat, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.