(Video) “Be generous macam Rizalman..”- Hulur duit bagi pekerja2 hotel, moga rezeki Rizalman melimpah

Hiburan Santai Semasa

Tindakan pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim dipercayai menghulurkan duit secara rawak kepada kakitangan di sebuah hotel di Pulau Pinang beberapa hari lalu mengundang perhatian netizen.

Sebuah video paparan skrin dikongsi seorang pengguna Twitter, @LelakiOnTheGo yang berharap orang ramai dapat bersikap pemurah seperti figura berusia 48 tahun itu sekiranya mampu satu hari nanti.

“Let us all aim to be as generous as Rizalman. InsyaAllah!”

Menerusi rakaman berdurasi 40 saat itu, beliau kelihatan berjalan dari satu tempat ke satu tempat sebelum memberi duit kepada beberapa kakitangan di hotel tersebut.

Posting berkenaan menerima 6,400 tanda suka selain 5,000 perkongsian serta komen warganet yang memuji sifat dermawan Rizalman terhadap orang di sekelilingnya.

Cacat Pada Mata Orang Lain, Tapi Anugerah Pada Saya" - Sisi Sebenar Hidup Dato' Rizalman

Terdapat juga netizen membidas kenyataan segelintir individu setelah menyifatkan anak kelahiran Georgetown itu seakan-akan ‘menunjuk’.

Tak payah tunjuk? Itu antara dia & Allah

Siapa tak kenal dia, mesti kata ‘show off’

Teringat dermawan di Tanah Suci…

Tak rasa pun dia menunjuk… Inspirasi adalah!

RM50 bagi macam tu je? Moga murah rezeki

 

Sumber : Twitter, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.