Rizman Ruzaini terkejvt & kec3wa, baju bahu terded4h direka untuk wanita ‘free hair’

Hiburan Viral

Semalam, kecoh mengenai busana dipakai oleh pelakon Natasha Hudson yang mended4hkan bahagian bahunya yang dilapik dengan kain berwarna kulit ketika majlis pelancaran sebuah produk kecantikan.

Pakai baju ded4h bahu, Natasha Hudson tak layan kecaman netizen

Ini Bukan Pelancaran Kedai Mamak' – Natasha Hudson Jawab Kritikan Baju 'Nampak' Bahu

Pelakon berdarah kacukan, Natasha Hudson tidak mahu melayan kecaman netizen di Instagram selepas dia memuat naik posting mengenakan gaun berwarna putih yang menampakkan sebahagian bahunya (off shoulder).

Menurut laporan Utusan Malaysia, gaun tersebut dipakai olehnya sebagai wajah dan ikon produk ketika melancarkan sebuah produk bersama pelakon kacak, Keith Foo yang merupakan duta.

Penata gaya telah dilakukan oleh pihak pengasas produk dan saya tiada masalah untuk menggenakan gaun tersebut kerana ia masih berlapik dan bukan seperti apa yang difikirkan orang.

“Jangan tertipu dengan warna kain ini dan saya tiada masalah untuk menggayakan kerana ia mengikut tema majlis.

“Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini majlis pelancaran produk! Tambahan pula saya bukan selalu mengenakan gaun,” kata pelakon berusia 38 tahun itu.

Malah, dia yang pernah tampil berpurdah sebelum ini berharap netizen matang apabila memberi komen atau pandangan terutama hal berkaitan dengan kerjayanya.

“Saya pun malas nak dengar kata-kata orang sebab orang di luar tidak akan berhenti bercakap walau apa pun yang kita buat.

“Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang menyuapkan makan,” ujarnya.

Memetik laporan Kosmo! Online, Natasha ‘alert’ dan tahu batas-batas sebagai seorang muslimah dan ‘okey’ sahaja sekiranya dikritik netizen.

Rizman Ruzaini akhirnya bersuara

Berikutan itu, Rizman Ruzaini yang merupakan pereka busana tersebut mengakui terkejvt apabila mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai oleh selebriti bertudung.

Memetik laporan Kosmo! Online, dress berwarna putih itu telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi dalam talian pada Oktober lalu.

“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.

“Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejvt dan agak kec3wa kerana si pemakainya seorang yang berhijab,” katanya.

Selain itu, Rizman juga mengakui tindakan penatarias pelakon tersebut sedikit sebanyak telah menjatuhkan reputasi jenamanya yang telah bertapak lebih sedekad lalu.

“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu,” tambahnya.

Dia yang telah banyak menghasilkan busana untuk ramai selebriti berhijab sudah ‘alert’ mengenai fesyen bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.

Menurutnya, busana berkenaan direka khas untuk wanita yang tidak bertudung dan pernah dipakai oleh Fasha Sandha sebelum ini.

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu Natasha yang memakai baju itu kerana dia berhijab. Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” ulasnya.

Rizman juga sempat menegur penatarias majlis tersebut agar lebih peka terutama bagi menjaga imej seorang wanita muslimah yang berhijab.

 

Sumber: Kosmo! Online (Mohamad Shahemy Azmi), Utusan Malaysia (Siti Athirah Dzulkifly) , Kosmo! Online (Mohd. Haikal Isa), OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.