“Duit Dia Suka Hati Dialah!”- Banglo Tauke Dodol Jadi Tumpuan, Disamakan Seperti Kek Pandan & Cendol Jagung

Keluarga Semasa Tempatan

Sebuah banglo dimiliki oleh pengusaha dodol dan serunding di Pasir Mas, Kelantan menjadi tumpuan netizen apabila memaparkan seni bina yang unik.

Banglo milik pasangan Sulaiman Ismail dan Wan Sabariah Wan Ali itu persis mahligai Bollywood dan dihiasi dengan cat berwarna hijau selain ukiran kapur emas.

Duit Dia Suka Hati Dialah!” – Banglo Tauke Dodol Jadi Tumpuan Netizen, Samakan Seperti Kek Pandan & Cendol Jagung – Berita Steady Media

Malah, menerusi dekorasi dalaman banglo itu seperti yang dikongsikan oleh Twitter @twthartanah, kebanyakan perabot dan rekaan dalaman pun melengkapi gaya unik si pemilik.

Namun, perkongsian itu mendapat kritikan segelintir netizen yang menyifatkan citarasa pemilik banglo itu amat mengecewakan.

Hinggakan ada yang menyamakan banglo itu seperti kek pandan, cendol jagung, kuil, rumah j1in dan istana jawa.

Walaubagaimanapun, ada kisah lain di sebalik pemilihan warna dan rekaan banglo unik itu.

Memetik laporan Berita Harian, kediaman itu telah dibina sejak tahun 1987 dari keringat berniaga dodol dan serunding.

FOTO] Disamakan Seperti Kek Pandan & Cendol Jagung! Banglo Tauke Dodol Jadi Tumpuan Netizen – Lepat Pisang

Urban Hartanah 🇲🇾 בטוויטר: "Rumah Tn. Haji Sulaiman & Pn. Hajah Wan Sabariah. Bisnes apa yang mereka buat? Bisnes serunding dan dodol. Rezeki di mana-mana.… https://t.co/YTnFmHLXce"

“Isteri saya terlalu meminati emas sejak muda menyebabkan keseluruhan ukiran yang digunakan di rumah ini berwarna emas. Warna emas itu digabungkan dengan dinding rumah berwarna hijau iaitu warna kegemaran isteri.

“Segala-galanya saya serahkan kepada isteri untuk menghias rumah kami. Selain minat terhadap barang kemas, isteri juga banyak melihat majalah dan televisyen yang mempunyai kaitan dengan menghias rumah sebelum mengaplikasikan kepada kediaman kami,” kata Sulaiman sebelum isterinya itu men1ngg4l dunia.

itsnurulsakinah (@itsnurulsakinah) | Twitter

Mahligai hasil dodol dan serunding

Kediaman itu didiami sembilan beranak dan mempunyai tujuh ruang tamu, tujuh bilik tidur, tujuh bilik air dan dua ruang dapur.

Saksikan rancangan dekorasi ruang dalaman rumah yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

Sumber : Gempak, BH Plus

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.