” Saya Bangga Menjadi saksi Adik Lelaki Saya Hari Ini ” Pada Usia 16 Tahun, Adik Lelaki Ayana Jihye Sah Muallaf.

Hiburan Keluarga

Adik lelaki dari selegram berasal dari Korea Selatan, Ayana Jihye Moon kini sah telahpun memeluk agama Islam. Ini bermaksud Ayana akan memiliki dua orang dari ahli keluarganya yang masuk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas. Hal tersebut diungkapkan Ayana menerusi Instagram peribadinya, Isnin (11/3/2019).

“Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar  #muallaf #Islam”- tulisnya di Instagram

Ayana tertarik dengan Islam sejak dari bangku sekolah lagi, ketika dia melihat ramainya pelancong pergi ke restoran bertanyakan soal makanan halal. Setelah itu, dia banyak belajar Islam dan memutuskan untuk masuk Islam.

Wanita yang memiliki nama lengkap Ayana Jihye Moon adalah satu-satunya yang beragama Islam di keluarganya. Meskipun begitu, Ayana tetap terus memeluk Islam dan mengenakan tudung. Padahal, di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam dari 50 juta penduduk.

Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sememangnya Ayana tertarik tentang Islam sejak dia kecil lagi. Dia begitu tertarik terhadap segala sesuatu tentang Islam, Muslim, Arab, dan Timur Tengah sejak kecil.

Ketika usia 8 tahun, Ayana tak sengaja mendengar isu tentang Irak. Isu tentang Islam masih sangat sensitif di Korea. Ini kerena saat itu segala tindakan terorisme dikaitkan dengan Islam. Oleh sebab itu, Ayana tetap mahu mendekati agama Islam hingga memutuskan untuk mempelajarinya lebih dalam.

Ayana Bersama Ibunya.. patut la cantik ..

 

 

Ayana Bersama Uncle Ameen  Bae yang pernah membantu beliau memeluk islam.

Sumber:hangat