Saya boleh kembali kepada UMNO… – Tun Mahathir

Semasa Tempatan Viral

SHAH ALAM:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau boleh kembali kepada UMNO.

Begitupun, ia hanyalah sekiranya UMNO kembali berpegang kepada dasar awalnya iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

“Saya boleh kembali kepada UMNO tapi orang yang ‘peny4ngak-peny4ngak’ semua minta maaflah, saya tak boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya dalam siaran langsung bersama Sinar Harian pada Rabu.

Beliau turut mengakui masih sayangkan UMNO apatah lagi pernah menjadi presiden selama 22 tahun namun sayang itu tidak kepada pemimpinnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan beliau sudah mengambil keputusan untuk berehat daripada politik selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.

“Apabila saya letak jawatan pada tahun 2003, saya pun berharap akan dapat berehat, mungkin enjoy live sikit pergi jalan sana-sini tetapi selepas seminggu saya letak jawatan (ada) orang datang minta (tolong).

“Tun tolonglah buat sesuatu kerana mereka berpendapat bahawa yang menjadi Perdana Menteri ketika itu tidak menjalankan tugas dengan baik. Satu minggu sahaja sudah nampak berlainan keadaan (nya).

“Jadi mereka datang dan (seterusnya) rombongan demi rombongan datang minta saya buat sesuatu. Bagi saya, saya cuba nasihat (pemimpin terbabit) tapi nasihat tidak berkesan,” katanya.

Menurutnya, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO supaya mudah untuk menegur salah laku kerajaan.

“Akhirnya saya terpaksa keluar daripada parti (UMNO) dan menentang kerajaan (UMNO ketika itu),” katanya lagi.

Tun M akui masih sayang UMNO

Image result for tun m umno

Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau masih menyayangi parti pertama yang pernah dipimpinnya iaitu UMNO sehingga kini.

“Ya, saya masih sayang UMNO, 22 tahun saya jadi Presiden UMNO,” katanya.

Bagaimanapun, Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini Penasihat Parti Pejvang Tanah Air (Pejvang) itu meletakkan syarat sekiranya ada pihak yang mahu beliau kembali kepada parti lamanya itu.

“Yalah, kalau UMNO pegang balik kepada dasar awalnya berjuang untuk bangsa, untuk negara, untuk agama saya boleh kembali kepada UMNO tetapi ‘penyngak-penyngak’… apa semua (itu) saya tidak boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Rakyat akan tentukan siapa pemimpin: Tun M

Dr Mahathir ketika program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu. – FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB & ASRIL ASWANDI SHUKOR

Rakyat yang akan menentukan siapa pemimpin terbaik untuk memimpin Malaysia sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pilihan itu terletak sepenuhnya pada rakyat.

“Itu terpulang kepada rakyat. Banyak orang hendak jadi pemimpin.

“Kalau mereka fikir (Datuk Seri) Anwar layak, (mereka boleh pilih Anwar),” katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

 

Sumber: Awani, Sinar Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.