““Saya kabo doh.. tak reti cakap Inggeris “- Netizen Puji, Pelumba Pecut Terengganu Try Jawab Soalan Wartawan Dalam Bahasa Inggeris Slang Ganu.

Hiburan Santai

Sejak beberapa hari lalu tular dengan satu video seorang pelumba basikal yang ditanya beberapa soalan oleh seorang wartawan berbangsa asing di satu kejohanan basikal. Rakaman tersebut raih lebih dari 7,000 retweets!

Dalam video berdurasi kurang daripada dua minit itu memaparkan pelumba basikal yang dipercayai dari Terengganu menjawab soalan yang diajukan kepadanya dalam bahasa Inggeris dan kedengaran dia menjawab juga dalam bahasa tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah pelat Terengganu yang terlalu pekat walaupun dia berbahasa Inggeris!

Menerusi laporan mStar, pelumba basikal tersebut adalah Mohd Hariff Salleh, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG).

Difahamkan temuramah tersebut dibuat selepas Mohd Hariff memenangi Pusingan 2 LdTL (Le Tour de Langkawi).

“Saya kabo doh (bagitau) tak reti cakap Inggeris sebab wartawan itu boleh cakap Melayu. Dia wakil dari EuroSport. Tapi dia tetap suruh saya speaking untuk siaran luar negara,” ujarnya.

“Saya pun menjawab sahaja pertanyaan ikut pemahaman sendiri. Cuma ada perkataan yang saya mahu sebut ‘opportunity’ tapi tidak boleh disebabkan ‘lidoh sayo meme kerah’ (lidah memang keras).

“Jadi terus terlintas perkataan opinion yang hampir sama dengan opportunity. Saya pun tergelak bila sebut ‘opiniong’ sebab bunyi loghat Terengganu,” cerita Mohd Hariff.

“Bila ditanya… saya pun hentam sahaja, cuma rasa terkejut sebab tular pula,” katanya.

Mohd Harrif, 30, sememangnya terkenal dengan aksi spontan dan bersahaja dalam kalangan peminat sukan berbasikal malah beliau kerap bercakap dalam dialek Terengganu meskipun ditemu bual secara formal.

VIDEO:

Bagaimanapun rata-rata netizen yang menonton rakaman tersebut memuji keyakinan yang ada pada Mohd Hariff itu.

Hahaha at least he tried…

Hats off to this young cyclist…

Kemah sek kite…

Beliau berkata tidak pernah sekalipun terdetik perasaan malu apabila bercakap dialek negeri kelahirannya itu meskipun berada di luar negara malah adakala bahasa Inggeris yang diucapkan kedengaran ditambah huruf ‘g’ di hujung ayat.

Namun rata-rata netizen memuji kesungguhannya menjawab soalan meskipun tidak fasih.

Paling melucukan, sebaik ditanya berhubung mesej untuk peminat tanah air, beliau yang pada awalnya bersungguh-sungguh bercakap bahasa Inggeris secara spontan menukar bercakap bahasa Melayu dengan dialek Terengganu.

Pada masa itu, dia memberi komen berhubung peluang merebut kemenangan dalam saingan LTdL 2019 dan cabaran dihadapi pelumba lain.

Pada LTdL 2019, April lepas, Mohd Harrif mengungguli peringkat kedua dari Senawang ke Melaka untuk muncul sebagai pelumba Malaysia yang kedua meraih kemenangan peringkat (stage win) selepas Anuar Manan pada 2010.

Dia juga menduduki tempat ketiga di belakang Matteo Pelucchi yang mewakili pasukan Androni Giocattoli-Sidermec, dan rakan sepasukannya, Youcef Reguigui di tempat kedua pada peringkat keenam dari Bagan ke Alor Setar.

– Bernama

Sumber: mStar / JarrNadmuddean via HCL