“Saya nak hidupkan watak Ida ,wanita kaya..bukannya ustazah..”-Tidak Sangka Imej Tudung Labuh Faezah Elai Jadi Inspirasi Ramai.

Hiburan

KUALA LUMPUR: Keputusan Faezah Elai memakai tudung labuh atau khimar dalam drama rantaian Setelah Cinta Itu Pergi mempopularkan gaya muslimah itu.

Faezah, 37, tidak menyangka gaya itu menjadi ikutan biarpun pada mulanya risau jika imej bertudung labuh tidak sesuai dengan watak wanita kaya lakonannya.

Menurutnya, ramai peminat melayangkan mesej memaklumkan sudah mula menggayakan tudung labuh selepas melihat imej yang dibawanya dalam drama terbabit. 

“Saya tak sangka rupa-rupanya ramai orang suka melihat saya menggayakan tudung labuh.

“Pada mulanya, saya bimbang apakah gaya itu sesuai dengan watak. Saya menghidupkan watak Ida iaitu seorang wanita kaya, bukannya ustazah.”

“Alhamdulillah, saya buat keputusan betul. Tak sangka wanita lain terpengaruh untuk menggayakan khimar,” katanya yang berkongsi paparan skrin mesej diutuskan peminat kepadanya melalui entri di Instagram.

Tambah Faezah, penerimaan itu membuktikan watak wanita bertudung labuh boleh dihidupkan dalam drama tanpa perlu terikut-ikut dengan fesyen hijab semasa.

“Saya fikir penonton lebih suka tudung berfesyen saja. Jadi, dalam hal ini, kita boleh pakai tudung labuh atau khimar dan tidak perlu lagi menunggu watak ustazah atau cerita agama sahaja,” katanya.

Selain Faezah, drama Setelah Cinta Itu Pergi membariskan Nina Iskandar, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Faye Kusairi, Azrel Ismail, Shah Jaszle dan Mardiana Alwi.

Karya arahan Heykal Hanafiah itu disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Since today is the last episode of #setelahcintaitupergi hakak nk buat confession.. tk sangka pakai khimar atau tudung labuh dlm cerita ni,rupanya org suka.. ingat org suka yg tudung fashion2 jer.. when i decided nk pakai khimar ni,takut jugak org ckp tk sesuai ngan watak,sbb ida ni org yg berada and bukan ustazah.. tp hakak nk try jugak.. Alhamdulillah i did a right thing to choose @properhijab utk sponsors hakak dlm drama ni.. In fact tk sangka buat org lain terpengaruh nk pakai khimar jugak.. hakak terharu teruk punya.. So pakai tudung labuh atau khimar,boleh diterima penonton,tk perlu tunggu cerita agama atau watak jd Ustazah.. Thank you @properhijab mencantik kan hakak and encourage org lain utk memakai tudung dgn sempurna sampai hakak nampak mcm jessica alba dlm drama tu.. kan kan kan.. ampa tk ngaku hakak block 😝 #hakakgurauje #tudungmuslimah #mogaterusistiqomah . #properhijab #setelahcintaitupergi #tv3malaysia #samarinda

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Sumber: BeritaHarian via SweetNutella