“Saya Sebenarnya Tak Rela, Aeril Paksa..”- Wawa Kongsi Kisah Di Paksa Bertudung Selepas Berkahwin.

Bukan mudah untuk kekal beristiqamah dalam proses pembelajaran untuk berhijab. Sekiranya hati belum bersedia, maka perlu menunggu sedikit masa untuk berasa redha.

Bagi pelakon Wawa Zainal, dia turut berhadapan dengan situasi tersebut ketika dipaksa oleh suaminya Aeril Zafrel untuk memakai tudung selepas sah menjadi suami isteri.

Percaya syurga di bawah telapak kaki suami, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berterusan untuk beristiqamah dan mengaku kadang kala imannya tidak teguh.

“Pada mulanya memang kena paksa dengan Aeril untuk berhijab. Saya sebenarnya tak rela untuk memakai tudung lagi ketika itu. Tapi lama kelamaan redha itu datang sendiri.

“Ia seperti tidak dipaksa dan rela memakai hijab. Dalam tempoh itu dah boleh terima. Dalam tujuh tahun berhijab memang ada turun naiknya iman kita,” katanya..

Tambah Wawa, walau bagaimanapun orang di sekeliling juga memainkan peranan penting bagi kekal berpenampilan sebegitu dimana perlu bergaul dengan individu yang membawa perkara ke arah lebih baik.

“Tetapi apa yang penting kita harus kekal istiqamah dan pastikan persekitaran kita juga bergaul dengan orang-orang yang betul.

 

“Kalau kita bergaul dengan mereka yang sosial, yang menghasut ke arah menanggalkan tudung, lebih baik dijauhkan,” tambahnya.

 

Sumber : akustress.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf