“Saya tidak mahu dibayangi Hans Isaac, kami dah putus februari lalu..”- Neelofa Buka Cerita 2 Kali Putus Cinta.

Hiburan

Wanita berusia 31 tahun ini mendedahkan kejayaan dalam bidang perniagaan yang dikecapi hari ini bermula dari kisah putus cintanya.

” Sudah tentu saya pernah dilukai… saya memang dah plan nak cakap fasal benda ni cuma menantikan masa yang sesuai untuk berkongsi mengenainya.

Neelofa dilantik menjadi duta dan model bagi jenama antarabangsa.

 

View this post on Instagram

 

Minimal, warm and pleasant colours. Your daily essentials @naelofar #dahlia

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

” Sebenarnya masa mula-mula saya buat bisnes hijab dengan kanta lekap tu, memang saya tengah patah hati. Saya putus dengan ex-boyfriend saya ketika itu saya masih muda, baru 25 tahun dan masih tercari-cari identiti diri,” katanya.

Neelofa bercerita mengenai perkara itu menerusi program temubual Trek Selebriti terbitan Astr0. Menurut pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini kesedihan yang dilalui itu membuatkan dia menghabiskan banyak masa bekerja di pejabat.

Katanya, setiap hari dia mula bekerja seawal pukul empat pagi selama beberapa bulan sehingga berjaya meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.

” Disebabkan kekecewaan dan kesedihan ketika itulah saya gunakan ke dalam bisnes. Saya rasa perlu buat sesuatu, perlu fokus, saya duduk dekat office saja sampai pukul 4 pagi dan buat itu hari-hari sampai beberapa bulan.

” Saya nak buktikan kepada diri saya dan orang yang saya kenal masa tu, tanpa dia saya masih wanita yang kuat dan mampu lakukan sesuatu yang besar.

Neelofa kini merupakan antara usahawan selebriti yang paling berjaya.

” Kali kedua saya sekali lagi kecewa, saya rancang nak buat benda sama tapi sasaran saya kali ini adalah untuk capai kejayaan di peringkat antarabangsa. Saya nak buktikan kepada bekas teman lelaki walaupun dia rasa dia cukup bagus, saya boleh buat lebih bagus dari dia.

” Saya bukan jenis yang duduk bilik dan menangis tengok gambar lama-lama semua, tidak. No… no… no,” katanya.

Berdasarkan keratan diambil dari portal Says.com, Neelofa dipetik sebagai berkata:

” Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu.” kata Neelofa.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi positif dari netizen yang menganggap ia sebagai inspirasi buat mereka.

Lebih menarik apabila netizen dilihat turut cuba meneka siapakah gerangan bekas kekasih Neelofa memandangkan usahawan itu tidak pernah terbuka membicarakan mengenai perkara itu sebelum ini.

Untuk rekod, Neelofa pernah digossip bercinta dengan pelakon yang kini Presiden Finas iaitu Hans Isaac namun dikatakan hubungan mereka berakhir sekitar 2014.

Sumber : mstar