” Saye kongsi perkara pelik yg membawa kearah kebaikan” Ustaz Ini Kongsi Sukarelawan Berkelakuan Pelik Saat Berdoa.

Hiburan

Bismillah… Nak sangat penampakan pelik kan!!! Rata2 org yg kongsi gambar pelik dlm kes Mohd Asyraf dan ia mmbawa kepada unsur khurafat dan kesyirikan… Nah!!! Ni saye kongsi perkara pelik yg mmbawa kearah kebaikan.. Pemuda di atas seorang usahawan muda bernama Lanesh yg bukan beragama islam.. Anak murid saya yg sedang belajar dan memahami apa itu ISLAM..

Dlm misi mncari mohd Asyraf.. Sye bersama team saye dan sahabat perjuangan dalam ruqyah syariyyah iaitu ust Syawal dan ust Safuan turut bersama dlm misi mncari… Lanesh jugak menawar diri tuk turut mengikuti.. Walhal die seorang yg ada penyakit asthma.. Bukan mudah tuk mendaki bukit batu putih disitu.. Yg akan mmbuat dia semput..

Rupanya sewaktu sahabat saya ustaz syawal sedang membaca doa untuk keselamatan kami dan memohon kpd Allah Swt tuk ditemukan Acap dlm pencarian.. Baru saya perasan bile belek gambar ni yg Lanesh jugak turut serta angkat tangan berdoa.. Subhanallah.. Maha suci Allah.. Semoga Allah SWT membuka dan mngetuk pintu hatinya tuk memeluk agama islam..

Saya yg memakai topi hitam disebelah seorg ank murid berbaju kuning hye tunduk kyusuk mengaminkan doa.. Dan saye mmg tak perasan lgsung sehinggalah saya belek pic ni.. Ape yg penting tuk diambik pelajaran dan pengajaran oleh Lanesh dan org lain… Walaupon kami x kenal siapa Mohd Asyraf..

Tetapi kami nak menyatakan yg umat islam itu bersaudara.. Dan kami turun mmbntu kerana Allah Azzawajalla.. Alhamdulillah.. #pray to Mohd Asyraf. #semoga Allah SWT mmbuka pntu hidayah kpd Lanesh. Ruqyah Isra Ruqyah Syariyyah. Sumber FB Ejam Halmi

Sementara itu, seorang Renjer Jabatan Perhutanan Negeri Perak menyifatkan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail (GUT), Mohammad Ashraf Hassan, 29, sebagai misteri yang sukar dirungkai. A Halim Ngah Ismail, 50, berkata, dia sendiri menemui jalan buntu berikutan tiada sebarang petunjuk yang ditemui hingga memaksa dia membuat simulasi semula pertandingan itu.

“Secara peribadi, ia suatu misi yang sukar apabila pencarian berdasarkan gambar dan saksi gagal menemui sebarang petunjuk pun meskipun menggunakan anjing pengesan.“Keadaan itu memaksa kita mengadakan simulasi semula pertandingan berpandukan saksi yang bersama mangsa. Kehilangannya ini dilihat pelik apabila lokasi terakhirnya berhampiran dengan kampung,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, saksi mengakui Ashraf bergerak ‘laju’ melintasi kawasan check point 10, lokasi terakhir mangsa dilihat. “Saya menyertai pelbagai operasi untuk mengesan peserta pendakian yang tersesat mahupun yang memerlukan pertolongan, tetapi operasi kali ini betul-betul menguji kepakaran dan ketabahan semua pihak yang terlibat.

“Atas inisiatif sendiri, pencarian dilakukan tengah malam hingga awal subuh bersama ahli keluarga dan pihak yang terlibat, kami bersama pendaki lain sangat mengharapkan agar mangsa berjaya ditemui semula,” katanya. Katanya, misi itu juga adalah pengalaman barunya apabila menyertai operasi terbesar melibatkan pelbagai agensi penyelamat bersama dengan aset-aset tersendiri.

Sementara itu, A Halim berkata, pencarian yang masuk hari ke-10 itu turut menarik pelbagai pihak termasuk paranormal untuk membantu mengesan mangsa yang kononnya telah ‘disorok’ di alam lain. Difahamkan anak murid ‘Raja Bomoh Politik’, Ibrahim Mat Zin turut menyertai pada hari ketiga operasi, bukan menggunakan buah kelapa sebaliknya tanduk seladang yang dibawanya sendiri.

“Itu adalah sebahagian usaha paranormal yang turut membantu dalam pencarian ini.“Pelbagai ritual dapat dilihat sepanjang operasi ini berlangsung ada yang membawa pedang, tepuk pokok besar untuk berkomunikasi dan sebagainya. “Apa-apa pun ritual yang dijalankan, kita mengharapkan doa daripada rakyat agar memudahkan operasi pencarian mangsa ini,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Mohammad Ashraf Hassan, graduan Nilai International University College memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu. Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangsa yang bekerja sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.