Sayu, Anak Ashraf Sinclair Meraung Di Saat Pengebumian Ayahnya.

Penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat tidak mampu menahan air mata saat menyaksikan jena4zh suaminya, Allahy4rham Ashraf Sinclair dik3bumikan kira-kira jam 4.47 petang waktu tempatan atau 5.47 petang waktu Malaysia di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Portal KOMPAS.com melaporkan, usai menabur bunga di pus4ra, anaknya, Noah Aidan Sinclair menangis seperti hist3ria. BCL dan keluarga berusaha menenangkan Noah dengan membawanya ke kerusi untuk ditenangkan. Mata Noah menatap tajam ke arah pus4ra bapanya.

Dalam kenyataan singkat kepada wartawan, BCL masih belum mampu bicara dan hanya mengucapkan terima kasih kepada media yang menunggunya.

Bunga Citra Lestari masih terkejut dengan pemergian suaminya Ashraf Sinclair secara mengejut. – Foto Detik.com

“Untuk teman-teman, saya minta doa untuk Ashraf, semoga diberikan jalan lapang dan terbaik untuknya di sana.

“Saya tidak boleh banyak berbicara, saya masih terkejut, segala-galanya begitu cepat. Saya juga belum tidur.

“Saya berdepan dengan kehilangan secara mengejut. Saya masih berusaha menerima pemergiannya. Terima kasih kerana datang,” katanya.

Dalam keadaan berduka, BCL berharap banyak doa untuk arw4h suaminya.

Tangisan Anak Tunggal

Noah Aidan Sinclair meletakkan jambangan bunga di pusara bapanya, Ashraf Sinclair di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. – Foto Detik.com

Tangisan anak tunggal Allahyarham Ashraf hasil perkahwinan dengan Bunga, Noah Aidan Sinclair turut meruntun hati kaum keluarga dan rakan-rakan yang menghadiri majlis peng3bumian aktor berusia 40 tahun itu.

Ashraf mengh3mbuskan nafas terakhir pada awal pagi Selasa akibat ser4ngan jantung.

Pemergian Ashraf ke negeri abadi mengejutkan seluruh peminat seni Malaysia dan Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

Ashraf Sinclair akan dimakamkan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. #SinarKongsi 📷: @beepdocom

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

Sumber : Astro Awani / Bharian Online

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf