Sayu, Kucing M4ti Kepala Tersepit Pada ‘Roller Shutter’ Sebuah Bank, Dipercayai Ada Unsur Khi4nat

Semasa Viral

Seekor kucing ditemui m4ti tersepit di pintu ‘roller shutter’ sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara khian4t di Taman Tampoi Utama, Tampoi di sini, awal pagi tadi.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah malam semasa penutupan bidai besi secara autom4tik dan disedari orang awam kira-kira 3 pagi sebelum memaklumkannya kepada persatuan sekitar 4.30 pagi.

Kucing itu sengaja ditahan hingga mati tersepit | Harian Metro

“Setiap bank akan menutup pintu roller shutter di ruang mesin ATM (mesin juruwang autom4tik) bermula 12 tengah malam dan hanya membukanya semula pada 6 pagi,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan berkenaan.

Menurut persatuan itu, kes kemat1an kucing itu seolah-olah sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing malang itu sewaktu roller shutter sedang turun perlahan untuk menutup pintu ruang mesin ATM.

Sayu, Kucing Mati Kepala Tersepit Pada 'Roller Shutter' Sebuah Bank, Dipercayai Ada Unsur Khianat

“Kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi roller shutter itu kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan ia berlari pergi.

“Jadi, seolah-olah badan kucing sengaja dit4han hingga leher kucing tersepit,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan.

Selain mengharapkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak bank untuk menyaksikan kejadian sebenar, persatuan turut meminta mana-mana individu yang melihat kejadian itu supaya berkongsi maklumat dengan segera melalui talian 011-20901097 agar pelakunya dapat dijejaki.

 

Sumber: Bernama

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.