“Sebab tu malas nak kongsi benda baik”- Kongsi Video Taranum, Janna Nick Tidak Lari Dari Di Kecam.

Hiburan

 

PELAKON Janna Nick kesal apabila video bacaan taranum yang dimuat naik di laman Instagram miliknya dikritik netizen berikutan gaya pemakaian tudung yang masih menampakkan rambutnya.

 

Janna atau Nurul Jannah Muner, 24, berkata sikap netizen yang gemar mencari kesalahan membuatkan dia enggan berkongsi perkara-perkara baik.

“Sebab tu kadang-kadang rasa malas nak kongsi benda baik-baik. Share kebaikkan pun masih ada yang mencari kesalahan,” katanya.

Terdahulu, Janna berkongsi sebuah video bacaan taranum yang sangat merdu oleh seorang ustazah.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

dari Ustazah Hajah Asina…

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Melalui video berkenaan Janna dilihat mengenakan selendang menutupi separuh kepalanya.

Janna membalas kenyataan individu yang menegur cara Janna menggayakan tudung.

Dalam pada itu, pelakon Leftenan Zana ini sempat menegur individu terbabit untuk melihat perkara lebih baik daripada mencari kesalahannya.

“Cuba faham point yang saya nak share dalam video ni. Saya cuma nak kongsi alunan suara ustazah. Itu la orang kata, pokok pangkal hati.

“Kalau hati tu bersih, InsyaAllah awak akan lebih memerhati keindahan daripada menghidu kebusukkan,” ujarnya.

 

Sumber: Mstar