Sebenarnya Mahu Jual Buah Pingg4ng Sendiri Bukan Derma, Ingin Selesaikan Hutang Ahlong

Hiburan

WALAUPUN bahang matahari tegak di atas kepala, seorang bapa tidak berganjak dari but keretanya sambil memegang payung.

Turut ditemani dua anak kecil, lelaki itu kelihatan memegang plakad yang pasti akan membuatkan mata yang memandang sama ada terkejut ataupun sebak.

“Saya ingin derma buah pinggang darah jenis B,” menurut keterangan pada plakad yang dipegang lelaki itu, di dalam gambar yang dikongsikan di halaman Facebook Penang Kini pada Rabu dan menjadi tular.

Namun, timbul perdebatan dalam kalangan netizen mengenai tindakan lelaki itu kerana jika benar dia ingin menderma buah pingg4ngnya, dia boleh mendaftar sebagai pengikrar untuk menderma org4n.

“Pelik, nak derma atau nak jual org4n? Daftar je sebagai penderma org4n, nanti hospital panggil jika perlu,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

“Ini bukan caranya nak derma buah pingg4ng. Ini nak jual org4n. Nak derma kena pergi hospital daftar. Orang ini nak guna duit???,” soal seorang wanita.

Seorang lelaki memegang plakad menunjukkan dia mahu mendermakan buah pingg4ngnya.

Bercakap kepada mStar, lelaki yang memegang plakad itu berkata, dia bersama dua anaknya berada di kawasan parkir di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, selepas solat Jumaat minggu lalu.

Hanya mahu dikenali sebagai Saiful, lelaki berusia 31 tahun itu menjelaskan ketika itu dia sebenarnya mahu menjual buah pingg4ngnya sendiri dan bukan untuk menderma, seperti yang tertulis pada plakad tersebut.

“Bagaimanapun, saya terpaksa guna perkataan ‘derma’ pada plakad sebab kalau saya tulis ‘jual’ nanti orang ingat saya nak jual anak atau org4n anak pula.

“Tapi sebenarnya saya nak jual buah pingg4ng sendiri. Bila orang datang kepada saya, barulah saya beritahu dan perjelaskan hal sebenar,” katanya.

Bagaimanapun harus dinyatakan di sini bahawa tindakan menjual org4n adalah satu kesal4han dan dilarang dalam agama Islam.

Pertikaian netizen mengenai tindakan seorang lelaki mahu menderma buah pingg4ng.

Mengulas lanjut, Saiful mendakwa dia telah mendaftar sebagai pengikrar penderma org4n sejak 2012 di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan membuat pemeriksaan kesihatan.

Berasal dari Segamat, Johor dan kini menetap bersama isteri dan anak-anaknya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Saiful berkata dia terpaksa mengubah pendirian daripada ‘derma’ ke ‘jual’, kerana tiada pilihan lain disebabkan beb4ban hut4ng yang banyak.

“Dua bulan lalu, saya ada hut4ng Ah Long sebanyak RM3,000 untuk modal bisnes jual ayam goreng di gerai dekat tempat tinggal kami. Sekarang ni, saya perlu bayar balik kat Ah Long sebanyak RM36 setiap hari.

“Untung kasar saya antara RM60 dan RM50 sehari. Selepas tolak duit bayar Ah Long, masih tak cukup nak sara keluarga, bayar bil dan sewa rumah serta komitmen lain,” katanya yang mempunyai dua anak lelaki, masing-masing berusia tiga dan dua tahun.

Malah jelasnya lagi, kereta yang digunakannya untuk berniaga  bersama isteri dan anak-anak itu adalah kepunyaan bapa mentuanya yang dipinjam sejak dua tahun lalu.

Ditanya sama ada menerima bantuan lain, Saiful mendakwa telah pergi ke Pusat Zakat Pulau Pinang bulan lalu dan diberikan bantuan kira-kira RM100.

Dia bagaimanapun terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendapatkan bantuan seterusnya berikutan kad pengenalan (MyKad) miliknya hilang buat kali ketiga, dan tidak mampu untuk membuat gantian kerana bayaran hilang kali ketiga adalah kira-kira RM1,000.

Anak bongsu daripada enam beradik itu juga lebih rela menjual buah pingg4ng sendiri daripada menanggung m4alu untuk meminta bantuan kewangan daripada kedua-dua belah keluarganya dan mentua.

“Sejak gambar saya pegang plakad tular malam tadi (Rabu malam), ramai yang mesej saya sampai buat saya tertekan. Ada juga yang kata nak beli buah pingg4ng dan saya minta mereka buat pemeriksaan di hospital dahulu.

“Saya tidak kisah berapa banyak mereka nak bayar untuk beli buah pingg4ng saya, asalkan ia dapat menyelesaikan masal4h kewangan dan beb4ban hut4ng saya,” tambahnya.

Namun di sudut hati kecilnya, dia masih berhasrat untuk mendermakan org4n tersebut menerusi saluran yang betul sekiranya mendapat bantuan kewangan.

“Tapi keadaan memaksa untuk saya menjual buah pingg4ng sendiri. Jika ditakdirkan saya mendapat bantuan kewangan, saya akan teruskan niat asal untuk mendermakan buah pingg4ng itu,” ujar Saiful.

Sumber mStar