(Video) Sed1h Tak Dapat Rai Hari Jadi Ketika Kuar4ntin, Frontliners Buat Kejvtan Hadiahkan Kek

Semasa Tempatan

Kuala Lumpur: “Walaupun sed1h tidak dapat menyambut hari jadi bersama keluarga seperti tahun sebelumnya namun siapa sangka Allah hadirkan kejvtan lebih bermakna,” kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Fakhira Amani.

Nur Fakhira, 23, memberi reaksi itu ketika ditanya mengenai video nyanyian lagu hari jadi khusus buatnya yang dinyanyikan sendiri petugas perubatan di pusat kuar4ntin UUM.

Thank you frontliners!

Video itu dikongsikan sendiri Nur Fakhira di akaun Twitter miliknya dan meraih lebih 11,000 tanda suka serta ditonton lebih 151,000 kali setakat ini.

Dia yang berasal dari Pekan, Pahang berkata, pada awalnya sed1h kerana terpaksa menyambut hari jadi sendiri di bilik kuar4ntin dan tidak menyangka petugas perubatan merancang sambutan itu, semalam.

“Selepas panggilan video bersama keluarga, tengah hari semalam saya menangis kerana sudah 12 hari bersendirian di bilik kuar4ntin. Malah, semalam adalah hari jadi saya yang biasanya disambut dengan keluarga dan rakan.

“Dalam waktu saya sed1h mengenangkan nasib tiba-tiba petugas kesihatan ketuk pintu, saya ingat mereka datang beri makanan tengah hari rupanya beri kek sambil nyanyi lagu ‘Happy Birthday,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Image

Anak bongsu dari empat adik beradik itu mengakui gembira dan terharu dengan layanan petugas barisan hadapan itu dalam kesibukan kerja sempat menggembirakan penghuni pusat kuar4ntin .

Nur Fakhira berkata, dia menjalani kuar4ntin selama 14 hari di situ bermula 5 Oktober lalu disebabkan mempunyai k0ntak rapat dengan rakannya (pesak1t C0vid-19) yang baru pulang dari Sabah.

“Alhamdulillah, keputusan ujian saringan C0vid-19 adalah negatif namun saya perlu menjalani kuar4ntin di pusat kuar4ntin UUM.

“Walaupun, tidak lama lagi dibenarkan keluar saya tetap akan melakukan kuar4ntin kendiri bagi menjaga keselamatan orang lain,” katanya.

Happy Birthday!

 

Bercerita lanjut, Nur Fakhira berkata, dia sebenarnya sudah memaklumkan lebih awal akan menyambut ulang tahunnya sendirian, 10 Oktober lalu ketika majlis bacaan surah Yaasin secara sidang video bersama kakitangan UUM dan penuntut lain.

“Mungkin memahami kesed1han kami yang sedang jalani kuar4ntin sekarang, pihak UUM mengatur sambutan ini supaya kami gembira.

“Bukan saya saja yang dapat kek hari jadi semalam, penuntut dan penghuni pusat kuar4ntin lain yang turut menyambut hari jadi bulan Oktober juga dapat sekotak kek.

“Tetapi sambutan itu amat istimewa bagi saya disebabkan jatuh pada hari sama tarikh hari jadi saya iaitu 15 Oktober,” katanya.

Kuddos frontliner!

 

Sumber: Harian Metro, Ohbulan, Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.