““Sedap sangat ayam ko Wany…”-Terlalu Sedap Ayam Sehingga Wajahnya Jadi Begitu, Danielle Terkejut Lihat Perangai Wany Hasrita.

Hiburan

Diana Danielle ada berkongsi rakaman video bersama selebriti lain sedang menikmati ayam goreng. Namun apa yang menjadi perhatian adalah mimik muka Wany Hasrita yang sebelum ini dikenali dengan imej sopan dan bersih. Riak wajah penyanyi Menahan Rindu itu kelihatan cukup lucu dan bersahaja.

“Sedap sangat ayam ko Wany Dulu ingat @wanyhasrita budak skema. Kalau di kalangan kita dia digelar ustazah, skrg dah tercemar dgn perangai org sekeliling yg tak berapa reti nak husnuzon. “Tapi muka sedap makan ayam dia tu melebihi nikmat normal.

“We love u Wany, pls continue to make us laugh. “Thank u @dorennn._ sbb selalu capture moments,” tulis Diana di laman sosialnya.

 

Wany dilihat turut tinggalkan komen, katanya ayam tersebut terlalu sedap sehingga wajahnya jadi begitu.

Foto : Instagram Diana Danielle