Sekolah tvtup selepas cuti Aidilfitri, 2 minggu PdPR sebelum sambung cuti penggal

Semasa Tempatan Viral

PARA pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, bagi sekolah yang termasuk dalam kumpulan A, PdPR akan diadakan bermula 16 hingga 27 Mei, sementara yang berada di dalam kumpulan B pula adalah pada 17 hingga 28 Mei.

Kumpulan A adalah sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu kumpulan B pula sekolah di Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya.


Takwim cuti raya, PdPR dan cuti penggal sekolah yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

“Dalam konteks pelaksanaan PdP pula, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.

“Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM,” katanya dalam catatan di Facebook pada Isnin.

Beliau juga berkata sekolah yang termasuk dalam kumpulan A akan bercuti sempena Aidilfitri dari 7 hingga 15 Mei, manakala kumpulan B dari 8 hingga 16 Mei.

Selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.

Menteri Pelajaran jelaskan rasional perubahan ini

Radzi berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak risiko jangkitan C0VID-19 di sekolah selepas cuti sekolah bagi meraikan perayaan Aidilfitri yang dijadualkan pada 7 hingga 15 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 8 sehingga 16 Mei bagi sekolah kumpulan B.

Beliau berkata selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.

“Ini sesuatu yang baharu kita belajar. Jika tahun lalu ketika perayaan Aidilfitri sekolah tvtup ketika itu, jadi kita tidak tahu data selepas raya macam mana.

“Kita khuatir terutama mereka yang akan pulang ke asrama kerana menjangkakan ada jangkitan yang akan didapati dari luar, jadi kita ambil langkah ini untuk mengawal penularan tersebut kerana selepas perayaan pelajar berada di rumah lebih lama,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Radzi berkata pelajar dan murid yang tinggal di asrama sekolah di bawah KPM di seluruh negara turut akan dibenarkan pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dan juga akan melalui PdPR dalam tempoh dua minggu selepas cuti itu.

 

Sumber: THE STAR, BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruskan berhibur dengan kisah-kisah menarik menarik dibawah ini yang dikongsikan