Selepas Anwar, Ku Li pula dipanggil ke istana hari ini

Semasa Tempatan

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diterima menghadap Yang Dipertuan Agong jam 10.00 pagi ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga dijadualkan menghadap hari ini.

Beliau dijangka akan menghadap jam 2.30 petang ini selepas selesai Anwar menghadap dan mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang bersama beliau.

Namun tidak diketahui kenapa beliau turut dipanggil oleh istana. Persoalan ini menjadi pertanyaan di kalangan wartawan yang menunggu di pintu istana.

Orang UMNO marah betul – Ku Li - Utusan Digital

“Bila kata Tuanku panggil, mengadap sajalah. Insha-Allah,” kata seorang pembantunya.

Spekulasi menyebut anggota parlimen Gua Musang itu akan mengadap pada jam dua petang ini.

Bagaimanapun, pembantunya berkata, pertemuan mungkin akan berlangsung lebih awal.

Dia enggan mendedahkan agenda pertemuan itu.

Infighting and greed may cause the demise of Perikatan Nasional – Malaysia Dateline

Menurut sumber, selepas kedua-dua mereka, turut dipanggil menghadap adalah ketua-ketua parti termasuk Bersatu, Umno, Pas, DAP, AMANAH dan juga Warisan.

Barisan SAF Kepimpinan Warisan Plus PRN Sabah | Borneo Today

Menurut sumber, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipanggil ke istana hari ini.

“Lim Guan Eng dipanggil Rabu ini manakala Mohamad Sabu dipanggil Khamis,” kata sumber itu.

Penang announces RM6m international Islamic school | Malaysia | Malay Mail

Semua pemimpin parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional dijangka akan menghadap baginda hari ini sebelum pemimpin parti pembangkang pula dipanggil, kata sumber itu juga.

Pada 23 September lepas, Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk membentuk kerajaan baru dan mengisytiharkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Mahyuddin Yassin telah jatuh dengan sokongan itu.

Beberapa hari lalu beliau mengumumkan Yang Dipertuan Agong telah bersetuju menerima beliau menghadap pada jam 10 pagi hari ini.

Anwar akan buat ‘satu pengumuman penting’ jam 2 petang

DALAM pada itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media pada pukul 2 petang hari ini selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Jemputan itu yang dihantar oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil kepada pihak media mengatakan bahawa Anwar akan membuat ‘satu pengumuman penting’.“Harap maklum bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting pasca sesi mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada jam 2 petang ini.

“Rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi sidang media penting ini, serta diingatkan agar sentiasa mematuhi segala SOP berkaitan C0vid-19,” katanya.

Sidang media akan diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Anwar sebelum ini berkata beliau mempunyai lebih dari 120 sokongan daripada ahli Parlimen yang membolehkan dia untuk menjadi perdana menteri.

Beberapa sumber parti bagaimanapun mendakwa tidak tahu mengenai jumlah sokongan yang diperolehi Anwar, mengatakan bahawa hanya presiden PKR itu sahaja yang tahu mengenai perkara itu.

Namun, pengkr1tik mempertikaikan kenyataan Anwar apabila PAS, Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah dan juga parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad, Pejuang, menyatakan bahawa semua ahli Parlimen mereka menolak menyokong Anwar sebagai perdana menteri menteri.

 

Sumber: MD, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.