Selepas ‘kontr0versi’ pantun d4kwa perl3keh wanita, DBP perjelas maksud sebenar

Semasa Tauladan Tempatan

PUTRAJAYA – Tiga hari lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerima kecaman hebat daripada netizen di media sosial gara-gara pantun empat kerat yang kononnya bermaksud memperl3kehkan golongan wanita.

Ketua Pengarahnya, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran semalam tampil memberi penjelasan mengenai pantun berkenaan dan pemaknaan sebenar pantun kontoversi itu.

Pantun yang menjadi sindiran netizen susulan serangkap pantun yang dikatakan memperlekehkan wanita.

Beliau berkata, menerusi pantun berkenaan, dua baris terakhir adalah bahagian maksud pantun yang makna literalnya ialah ‘tidak guna kita mempunyai isteri yang cantik jika dia tidak pandai menumbuk sambal’.

Menurutnya, pantun itu memberi nasihat bahawa seseorang yang hendak berumah tangga perlulah melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai kemahiran.

“Kemahiran ini termasuk kepandaian memasak, menjahit, mengurus rumah tangga dan kepandaian mencari rezeki. Dengan kepandaian asas ini barulah rumah tangga yang dibina itu kekal bahagia.

“Dengan perkataan lain, jika hendak kekal bahagia dalam berumah tangga tidaklah cukup dengan kecantikan fizikal, tetapi perlu dilengkapkan dengan kepandaian hidup yang lain.

“Frasa ‘tidak guna beristeri cantik’, ‘kalau tak pandai menumbuk sambal’ dalam pantun itu sekadar menjadi kiasan atau gambaran untuk menyampaikan makna sebenar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

DBP umum Ketua Pengarah baharu Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran

Abang Sallehuddin berkata, frasa itu bukan memberi makna tentang isteri yang tidak pandai menumbuk sambal atau tidak pandai memasak semata-mata sebaliknya, ia contoh atau gambaran yang dipilih untuk mewakili keseluruhan keperluan berumah tangga bagi setiap pasangan.

Beliau berkata, sebenarnya pantun itu tidak mengkhususkan kepada wanita semata-mata sebaliknya secara tersirat memberikan nasihat kepada lelaki yang hendak berumah tangga agar bersama-sama memiliki kemahiran asas.

“Lelaki juga tidak boleh bergantung kepada kecantikan fizikal, tetapi mereka juga perlu memiliki kemahiran memimpin, kepandaian ilmu agama dan kemahiran mencari rezeki.

“Cuma dalam pantun di atas, pengarangnya memilih objek wanita atau isteri sebagai contoh atau gambaran. Perkara ini sesungguhnya tidak bertujuan untuk mengaibkan atau menjatuhkan martabat wanita,” katanya.

Katanya, setiap orang boleh berbeza tafsiran, tetapi perlu diingat, ketika pengarang pantun dahulu mencipta pantun, mereka sangat mengutamakan hal-hal yang sensitif untuk menjaga perasaan orang lain.

DBP ‘dibel4sah’ netizen gara-gara pantun

Pantun yang menjadi sindiran netizen susulan serangkap pantun yang dikatakan memperlekehkan wanita.Pantun yang menjadi sind1ran netizen susulan serangkap pantun yang dikatakan memperl3kehkan wanita.

TERDAHULU, kec0h di media sosial baru-baru ini apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi sind1ran netizen susulan serangkap pantun yang dikatakan memperl3kehkan wanita.

Pantun klasik, apa guna berkain batik/jika tidak memakai capal/apa guna beristeri cantik/jika tak pandai menumbuk sambal, dikongsi 5,221 kali, mendapat 2,500 komen dan diberi tanda ‘like’ 13,000 sejak ia dimuat naik di laman Facebook DBP petang semalam.

Bekas setiausaha politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud dalam twitternya menyifatkan DBP mendidik dengan cara yang tidak kena ketika twit semula pantun berkenaan.

ADUN Seri Petaling, Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid dalam twitternya pula menyifatkan pantun itu bersifat ‘misogyny’ (berpandangan jelik terhadap wanita) yang sangat memualkan sambil meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun untuk memberi respon.

Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik turut menyifatkan pantun itu bersikap patriaki dan mempersoalkan adakah tugas seorang wanita hanya menumbuk sambal.

Bagaimanapun ramai netizen yang tampil membela DBP atas kefahaman mereka mengenai kedudukan pantun itu.

Penulis Nisah Haron berkata, pantun klasik itu adalah lambang keunikan bahasa Melayu yang berkias dalam menjelaskan peranan suami isteri.

“Maksud pantun itu bukan secara harafiah tetapi harus dibaca pada lapis yang paling dalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, DBP Mariati Josepha Mustafa, berkata pantun berkenaan adalah sebahagian pantun klasik yang sudah dikenali sejak sekian lama di alam Melayu, ia dikumpulkan secara sistematik dari seluruh negara dan mengambil masa lima tahun.

“Ia dimuatkan dalam buku Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu terbitan DBP tahun 1990.

“Pantun itu juga dimuatkan dalam buku yang sama untuk terbitan kedua tahun 2006,” katanya ketika dihubungi BH.

Tegas Mariati Josepha, pantun sebagai warisan lisan kesusasteraan Melayu masih relevan sehingga kini dan perlu difahami falsafah dan pemikirannya kerana ia mendidik masyarakat dalam bahasa yang indah, berkias dan sopan sesuai dengan adab orang Melayu.

“Dalam konteks pantun itu ia sebenarnya memberitahu peranan wanita yang seharusnya seimbang dalam sistem kehidupan.

“Perlu diingat ia diciptakan sejak sekian lama dan membawa citra pemikiran masyarakat ketika itu,” katanya.

 

Sumber: K! ONLINE, BH Online

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.