Bukan hanya Unfollow IG, Shanaaz Ahmad dan Noor Nabila telah rujuk kaunseling JAWI?

Hiburan

Baru-baru ini timbul khabar angin mendakwa rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila goyah.  Kisah rumah tangganya mula diperkatakan netizen berikutan sejak kebelakangan ini Sharnaaz dilihat sering memuat naik kapsyen seolah dalam keadaan sedih mencetuskan tanda tanya.

Hasil carian netizen juga mendapati, Sharnaaz dan Nabila juga dilihat tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di akaun Instagram. Malah, timbul pula khabar angin mengejutkan apabila baru-baru ini pasangan tersebut dikhabarkan berjumpa dengan kaunseling di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menerusi Instagram @makcik_puaka, seorang individu mendedahkan Sharnaaz ke JAWI dan Nabila juga dikatakan turut hadir bersama bapa tirinya.

“Serba salah sebenarnya nak cakap. Actually Sharnaaz ada rujuk dengan kaunseling dekat JAWI hari tu Sebab mak iolls ada keje kat sana Dia cakap ada nampak Sharnaaz tu datang JAWI tettt wallahualam.

“Betik mak iolls keje JAWI yang bagitahu Sharnaaz datang JAWI untuk kaunseling. Then Nabila pegi dengan bapa tiri dia,” tulis individu tersebut.

Bagaimanapun setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada kedua-dua pihak berhubung dakwaan tersebut. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

sumber : makcikpuaka  via geng joyah

Jangan risau, semuanya dalam keadaan baik – jawab Sharnaaz Ahmad mengenai keadaan rumah tangganya

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 34, menafikan rumah tangganya bersama isteri, Noor Nabila Mohd. Noor kini sedang berantakan.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, khabar angin yang tersebar dalam laman sosial tersebut adalah tidak benar.

Ketika ditemu bual oleh portal sebuah akhbar, Sharnaaz memjelaskan bahawa rumah tangganya berada dalam keadaan baik.

“Saya tidak balik rumah kerana sibuk berlakon. Jangan risau, semuanya dalam keadaan baik,” ujarnya memetik laporan portal tersebut.

Status rumah tangga Sharnaaz dipersoal netizen selepas pelakon itu memuat naik gambar bersama anaknya, Jebat Jayden yang berusia 6 bulan dalam Instagram dua hari lalu.

Menerusi kapsyen gambar tersebut, Sharnaaz dilihat meluahkan rasa rindu terhadap anaknya dan berhasrat ingin menunaikan solat Jumaat bersama-sama suatu hari nanti.

Salah seorang pengikut Sharnaaz yang menggunakan akaun dengan nama @personalqal bertanya adakah pelakon drama Awak Sangat Nakal itu tidak lagi duduk sebumbung bersama isterinya.

Membalas pertanyaan pengikutnya itu, Sharnaaz menjawab yang dia sibuk di lokasi penggambaran.

Sharnaaz dan Nabila yang juga kakak kepada pengacara Neelofa mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

sumber: rotikaya via MHE