Senarai Bantuan Dalam Belanjawan 2021 Yang Perlu Korang Tau. Semua Disini!

Semasa

Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Chill, Jangan Stress...Ini Momen Menarik Sepanjang Pembentangan Belanjawan 2021 | Artikel | Gempak

Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’ dirangka dengan berdasarkan tiga matlamat induk yang merupakan kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin.

Tiga matlamat induk berkenaan ialah kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, dan ketahanan ekonomi.

  • Sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi membendung gelombang ketiga COVID-19.

  • Kerajaan setuju laksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memanfaatkan 100,00 petugas.

  • Kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan berjumlah sehingga RM6,000 dibenarkan untuk 12 bulan.
  • KWSP benarkan pengeluaran Akaun 2 untuk beli produk perlindungan insurans, takaful hayat serta penyakit kritikal.

  • Bantuan Sara Hidup digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.

  • Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima RM350 melalui BPR, dengan had umur kelayakan diturunkan kepada 21 tahun.

  • Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan terima RM1,200, 2 orang anak dan lebih akan menerima RM1,800.

  • Kadar elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM450.
  • Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan kepada 9 peratus mulai Januari 2021.
  • Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar dinaikkan kepada RM500.
  • Kadar bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

  • Kredit eWallet bernilai RM50 ini hanya diberikan kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun.
  • Baucar RM50 diberikan kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang untuk produk termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

  • Pas perjalanan itu melibatkan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren Kuala Lipis-Tumpat dan tren Sabah jajaran Beaufort-Tenom. Inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan meluaskan penggunaannya ke bandar Kuantan dan Pulau Pinang,”
  • Kerajaan akan perluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis
  • Kerajaan komited dapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya melalui program COVAX.

  • Pemberian komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.

  • Peruntukan itu akan membantu wanita yang menghadapi masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan melalui program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara.

Penjawat Awam Perlu Taat Setia Sokong Kerajaan - MYNEWSHUB

  • Bantuan khas kewangan itu akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah. Bantuan khas RM300 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen dan pemberian one-off sebanyak RM500 kepada pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti mereka.

Elaun guru Takmir dinaikkan, bayaran one-off RM500 untuk imam - YouTube

  • Sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off kepada imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir dan KAFA. Selain bantuan one off, kadar elaun guru takmir juga dinaikkan kepada RM900 sebulan.

  • Elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan kepada RM300 sebulan dari RM250 bermula 2021. kerajaan juga memperuntukkan RM400 juta bagi membantu peneroka FELDA menghapus faedah hutang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu

 

Sumber: Bernama , Bernama TV, Telegram MKN

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.