“Seperti Baru Semalam Aku Menukar Lampinmu, Memandikanmu & Mengendongmu …..” – Aqasha Luah Perasaan.

Hiburan

Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui tidak sangka anaknya kini semakin membesar dan mula mendaftar masuk ke sekolah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aqasha berkongsi kisah membesarkan kedua-dua orang anaknya semasa kecil sehingga sekarang.

“Seperti baru semalam aku menukar lampinmu, memandikanmu & mengendongmu dengan hanya sebelah tangan. 

“Hari ini kedua-duanya telah ke sekolah. Dan si abang telah mula segan silu saat aku mengucup pipinya di sekolah.

“Senyum lebar dua-dua enjoy ke sekolah jumpa kawan baru.

This image has an empty alt attribute; its file name is aqasha.png

“Aku harap di suatu hari, anakku tidak perlulah menukarkan lampinku. Cukuplah memandikanku bila tiba waktunya,” tulisnya.

Rata-rata memuji kecomelan anak Aqasha dan mendoakan mereka dapat membesar dengan sihat serta membalas jasa kedua ibu bapa pada masa depan.

Aqasha dan isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan telah dikurniakan dua cahaya mata.