Setelah 6 Tahun Single, Upiak Penyanyi Lagu ‘ Tak Tun Tuang’ Selamat Bertunang. Tahniah!

Penyanyi yang popular menerusi lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Dilham pada Sabtu lalu.

Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagramnya semalam.

“Alhamdulillah. Bertunangan dengan @dzilhm1412. 27 Julai 2019,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah bertunangan💍 27 july 2019 #UpiakHDilham @kece.shop decoration @dyr.collection Mc @rommytan

A post shared by Upiak Isil Official (@upiak_isil_official) on

 

 

View this post on Instagram

 

Bertunangan 💍🙏🏼 #UpiakHDilham

A post shared by Upiak Isil Official (@upiak_isil_official) on


Menerusi beberapa entri lagi, Upiak turut berkongsi beberapa keping foto semasa majlis berlangsung bersama tunangnya.

Bercerita detik perkenalan mereka,  Upiak mengaku hatinya kini ditawan seorang pemuda warak berasal dari Padang, Sumatera.

“Dia seorang pensyarah yang bergelar Haji. Sebelum ini, kami pernah bertemu, tetapi waktu itu saya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadapnya. Hanya selepas pertemuan kali ketiga, penghujung tahun lalu, barulah rasa cinta hadir dalam diri.

“Memandangkan kami menjalinkan hubungan cinta jarak jauh kerana dia bekerja di Padang, manakala saya pula di Jakarta, hanya telefon menjadi pengikat kasih kami. Sebulan sekali, saya akan datang ke Padang untuk bertemu dengannya

 

Telah tampil berhijab Upiak dahulu pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan bercerai dua tahun selepas itu.

Perceraian Upiak bersama bekas suaminya disebabkan oleh keluarga bekas suaminya yang kurang menggemari dirinya.

sumber : Astro Gempak

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf