“Sewaktu Sakit, Burung Ini datang untuk ‘menjaga’ Dina..”- Kisah Burung Yang Membalas Jasa Baik Wanita Yang Menyelamatkannya.

Tiga tahun lalu, seorang wanita yang baik hati pernah menyelamatkan seekor burung. Kini, burung itu membalas jasa baik dan ‘menyelamatkan’ wanita tersebut…

Inilah yang berlaku apabila Dina Theissen menemui seekor burung yang kemudiannya dinama Gracie sedang terlantar berdekatan pokok di hadapan pintu rumahnya.

Menurut Dina, Gracie yang masih kecil kelihatan sangat lemah dan mungkin tidak akan bertahan lama. Jadi, dia memutuskan untuk memabawa Gracie masuk ke rumah dan merawatnya.

Mereka sekeluarga telah membantu untuk Dina untuk mengubati Gracie dan menjadi keluarga sementara buat anak burung itu. Suami dan anak perempuan Dina turut menyayangi burung itu dan sentiasa membantu Dina dalam menyelamatkan haiwan-haiwan lain.

Meskipun pernah menyelamatkan banyak haiwan, misi untuk menjaga Gracie merupakan pengalaman pertama mereka. Mereka tidak tahu bagaimana untuk memberi makan kepada seekor burung sekali gus membuat Dina pergi untuk mendapatkan rundingan dan pengetahuan bersama pakar burung.

Dalam masa beberapa bulan sahaja, Gracie semakin sihat dan membesar menjadi seekor burung yang sangat cantik! Malah, Gracie juga sangat jinak dengan keluarga itu serta dilihat sering bertenggek pada bahu suami Dina dan menyanyi kepada anaknya.

Selain daripada menyediakan keperluan penginapan yang selamat, Dina juga selalu membawa Gracie ke luar untuk melatih dan membiasakan Gracie dengan habitat semula jadi burung. Di situlah Gracie belajar sendiri cara untuk membuat sarang dan mencari makanan.

Setelah yakin bahawa Gracie sudah sembuh sepenuhnya dan mampu hidup berdikari, kini tibalah masanya untuk keluarga ini membebaskan Gracie. Namun, setiap kali keluarga ini cuba untuk melepaskan Gracie, burung ini seolah-olah enggan berganjak jauh daripada keluarga itu dan belum bersedia untuk berpisah.

“Tidak mengapalah. Kita tunggu lagi dua minggu selepas itu kita lepaskannya,” pujuk Dina di dalam hatinya.

Akhirnya selepas dua minggu, Gracie dibebaskan dan terbang menjauh dari keluarga yang menjaganya dengan baik selama ini. Melihat Gracie berlalu pergi, Dina akui dia dan keluarga menangis kesedihan. Malah, anaknya seringkali bertanya sama ada Gracie akan pulang ke pangkuan mereka atau tidak.

“Tidak mungkin Gracie akan pulang. Gracie akan bina keluarganya sendiri dan lama-kelamaan, Gracie akan melupakan kita,” kata Dina kepada anaknya.

Bagaimanapun, keesokan harinya alangkah terkejutnya mereka sekeluarga apabila melihat Gracie muncul di pintu mereka. Meskipun bersarang di dalam hutan, Gracie akan tetap kembali ke rumah berkenaan untuk ‘bertanya khabar’. Gracie akan datang setiap hari dan kadangkala berkali-kali dalam sehari.

Jadi, setiap kali Gracie singgah untuk melawat mereka, keluarga ini tidak melepaskan peluang untuk melayan ahli keluarga mereka itu dengan baik.

Kemudian pada tahun 2016, dugaan menimpa keluarga ini apabila Dina terpaksa dimasukkan ke hospital setelah tahap kesihatannya menjadi semakin merosot. Dia dibenarkan keluar hospital untuk berehat di rumah, dan pada ketika itulah Gracie datang dan mengetahui tentang keadaan tuannya itu.

Tetapi kali ini, Gracie bukan sekadar singgah sahaja. Gracie datang untuk tinggal kembali di rumah itu dan ‘menjaga’ Dina seperti mana Dina pernah menjaganya dahulu…

“Pada ketika itu, saya sangat lemah dan tidak mampu bangun dari katil. Gracie akan terbang dan bertenggek pada bahu atau lengan saya. Gracie juga akan bercakap dengan saya.”

Dengan adanya Gracie di sisi, Dina menjadi semakin sembuh dan tidak lagi berputus asa dengan hidupnya. Keadaan kesihatan Dina beransur pulih dan dia tidak lagi menangis sendirian. Malah, Dina dilihat sentiasa mengukirkan senyuman serta sentiasa kekal positif dengan dirinya.

Tambah Dina lagi, “Gracie datang di saat saya memerlukannya. Gracie telah mengubah hidup saya. Tanpa Gracie, pengalaman saya akan menjadi lain. Gracie adalah burung yang paling baik dan penyayang di dunia.”

Setelah dua tahun bertarung nyawa, Dina akhirnya sembuh dan benar-benar membuatkan para doktor terkejut dan menyangkakan kisah penyembuhan Dina adalah satu keajaiban dalam dunia perubatan.

Meskipun Dina telah sembuh sepenuhnya, Gracie masih tetap menjenguk wanita itu setiap hari. Sesungguh Gracie diibaratkan sebagai ‘bidadari kecil’ oleh keluarga ini atas kebolehannya menyembuhkan Dina dan sikap penyayangnya itu.

Meskipun tidak mampu berkomunikasi, Gracie berjaya mengembalikan semangat Dina dan membantunya untuk meneruskan kehidupan.

Sumber: The DodoHappy Share via Era Baru

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf