(Video) Sheikh Muszaphar dapat anak kembar lagi, Dr Halina selamat bers4lin

Keluarga Semasa Tempatan

Kuala Lumpur: “Saya amat teruja apabila mendapat sepasang kembar lagi kerana impian saya untuk memiliki anak yang ramai,” kata angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 48.

Isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos, 39, selamat mel4hirkan bayi lelaki jam 9.47 pagi diikuti bayi perempuan jam 9.48 pagi tadi secara pembed4han di Pusat Perubatan Sunway.


The walk to the Operation Theatre

It seems like the longest walk ever.
The sacrifices mothers have to undergo .
How I wish I could replace Dr Halina
This is the 2nd time wife has to go under the knife .
But one thing I’m certain .
It’s all worth it once the babies come out .
The smell of the Baby …
How tiny they are …
Their pinky skin with scruffy hair ..
It’s all worthwhile .
Its a mini you ! – Haha

Salam Everyone
Love As Always
PS.- Alhamdulillah the Operation was a success .
Mommy and the babies are resting .
Me too . 😄

Rancang untuk dapatkan lagi anak ketujuh

Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau juga sudah mula merancang untuk ‘mendapatkan’ anak ketujuh sebaik anak kembarnya itu dil4hirkan.

“Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil.

“Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.

“Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, empat lagi anaknya sudah tidak sabar untuk berjumpa adik mereka.

“Ketika ini, hanya saya seorang dibenarkan mel4wat isteri serta anak di hospital kerana situasi C0vid-19.

“Isteri kini dalam keadaan baik dan sudah makan serta boleh berjalan. Jika tiada ar4l melintang, isteri mungkin dibenarkan pulang ke rumah Ahad ini, namun bergantung kepada keadaan luka pembed4hannya,” katanya.

Saya Mimpikan Dia Di Angkasa” - Dr Sheikh Muszaphar Bongkar Petanda Kahwini Dr Harlina

 

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun.

Selain anak kembar lelaki, pasangan berkenaan juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.

 

Sumber: HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.