“Siapalah saya..1 perkara Dapat Merubah Seseorang Adalah Ilmu Pengetahuan..” – Komen Neelofa bila Emma buka tudung.

Selepas Uqasha Senrose, dunia hiburan dikejutkan dengan pengakuan pelakon Emma Maembong yang membuka tudung setelah lima tahun mengenakan hijab.

Rata-rata warganet mengecam teruk tindakan Emma namun ada juga yang memberi sokongan dan kata-kata semangat supaya pelakon itu terus kuat.

 

Apa pula kata rakan artis, Neelofa yang juga memakai tudung pada tahun yang sama dengan Emma? Tonton jawapan eksklusifnya!- MHE TV

Ujar neelofa siapalah dirinya untuk menilai ini semua, lebih baik saya memikirkan benda yang baik-baik sahaja. 

“Saya melihat ramai rakan artis dalam media sosial yang jauh tersasar kerana tekanan dari netizen..saya tidak mahu termasuk dalam golongan netizen yang memberi kata cemuhan, kata negatif yang menjauhkan lagi mereka ini semua dengan agama islam. “

Bila di tanya bagaimana Neelofa mengekalkan istiqamah ujarnya

” saya tidak lari daripada membuat kesalahan dan iman saya juga ada naik turun sama seperti orang lain tapi hanya 1 yang membezakan orang itu dengan yang lain ialah orang itu berusaha mencari ilmu.

Sambungnya hanya 1 perkara yang dapat merubah seseorang adalah ilmu pengetahuan.

“Jika saya merasakan jauh dari Allah, merasa kurang seronok dalam solat saya akan buka balik buku , dengar ceramah , berzikir lebih sikit atau hadiri program keagamaan supaya saya kembali ‘on track’ (istiqamah).”

Betul cara Neelofa untuk kekal istiqamah. Walau beliau diantara artis yang kerap di kecam netizen kerana fesyen tudungnya , namun itu tidak menjadikan alasan untuk beliau untuk membuka hijabnya. 

 

sumber : MHE TV / Hiburan Media Terkini