Terkini: TUDM Letak Pesawat Hawk 208 Dari Skudron No. 6 Di Pangkalan Udara Labuan Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Semasa Tempatan

Majlis KeseIamatan Negara melalui satu perkongsian di facebook sebentar tadi memaklumkan bahawa Tentera Udara Malaysia (TUDM) telah meletakkan pesawat Hawk 208 dari Skudron No. 6 di Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan bersiap sedia.

Makluman berkenaan terlebih dahulu dimuat naik oleh laman facebook Majlis KeseIamatan Negara Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebentar tadi, negara digemp4rkan dengan berita mengejvtkan dari TUDM mengenai kehadiran penerbangan mencvrigakan oleh 16 buah pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) di Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu.

TUDM kemudian telah melancarkan pesawat pem1ntas pada jam 1.33 tengah hari untuk melakukan identifikasi visual setelah beberapa arahan yang dikeluarkan tidak dipatuhi.

Berita lanjut mengenai insiden berkenaan boleh dibaca melalui pautan dibawah.

Kemunculan Penerbangan 16 Pesawat Tentera Udara China Yang Mencvrigakan Dikesan Di ZMM Kota Kinabalu, Berjaya Dipintas TUDM

TERDAHULU, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan penerbangan mencvrigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Mar1tim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional, semalam.

Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata penerbangan pesawat PLAAF itu dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

“Pesawat itu telah dikesan terbang secara formasi ‘taktikal in-trail’ pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang itu juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ackbal, pesawat itu telah dikesan terbang pada ketinggian antara 23,000 kaki hingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu FIR dan seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan meng4ncam kedauIatan negara.

Ackbal berkata pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM.

Pemantauan menerusi radar pertahanan udara diteruskan ke atas pesawat itu di samping beberapa percubaan untuk mengarahkan mereka menghvbungi kawalan trafik udara Kota Kinabalu FIR.

“Apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan Kota Kinabalu FIR menghala ke ruang udara nasional, TUDM melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 tengah hari untuk melakukan ident1fikasi visual,” katanya.

Menurut beliau hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenal pasti pesawat itu adalah daripada jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20, yang merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.

Beliau berkata ins1den itu merupakan perkara yang ser1us terhadap anc4man kedaulatan negara dan keseIamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara di laluan penerbangan di dalam Kota Kinabalu FIR.

“Insiden ini telah dikendalikan oleh TUDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional,” katanya.

Menurut Ackbal, Kementerian Luar telah mengambil maklum perkara berkenaan melalui Kementerian Pertahanan.

 

Sumber: BERNAMA, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruskan berhibur dengan kisah-kisah menarik menarik dibawah ini yang dikongsikan.