“Suami Yang Sudah 3 tahun Berkongsi Hidup, Menduakan Saya Ketika Mengandung 6 bulan “- Isteri Ammar Alfian.

Hiburan

Nama Ammar Alfian pernah hangat diperkatakan suatu ketika dulu apabila foto panas miripnya tersebar di laman sosial. Namun pelakon bertubuh kekar ini masih diterima ramai dan filem box-office lakonannya Paskal mendapat pujian peminat.

Tidak semena-mena isteri Ammar, Nelissa Nezam memuatnaik pos mengejutkan di Instagram petang tadi dan menimbulkan tanda tanya peminat.

Dalam pos itu Nelissa memuatnaik foto alat penguji kehamilan dengan kapsyen panjang meluahkan kekecewaan apabila mendakwa Ammar yang sudah dinikahi selama 3 tahun curang.

Ramadan kali ini saya diuji dengan cara yang paling tidak disangka akan diuji. Saya mendapati suami yang sudah 3 tahun berkongsi hidup bersama curang ketika saya hamil 6 bulan anaknya.

Apabila tahu mengenai hal ini saya merasakan seperti seluruh hidup saya hancur dan saya tak boleh melaluinya. Mujur saya saya dapat kekuatan daripada melalui sokongan rakan-rakan dan keluarga yang banyak menolong.

Saya tak sangka boleh mengahwini dengan seseorang yang tidak berhati perut. Tapi saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah ada perancangan terbaik untuk saya dan anak. Saya bersyukur atas ujian yang banyak mengajar saya ini.

Bagaimanapun, foto berkenaan sudah dipadamkan dari akaun Instagramnya itu ketika artikel ini ditulis.

Pos itu juga turut disertakan dengan hashtag #singlemother (ibu tunggal). Untuk rekod, Nelissa dan pelakon itu disatukan pada 6 Mac 2016 dalam satu majlis tertutup.

 

Sumber: Nelissa Nezam  via ohbulan