“Sudah 3 Tahun Jadi Ibu Tunggal ..Terlupa ada suami di sebelah semasa bangun tidur” – Fasha Sandha.

Hiburan

SETELAH empat hari bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, aktres Fasha Sandha berkongsi kejadian yang disifatkan mencuit hati.

Menurut Fasha, tiga tahun terbiasa sebagai ibu tunggal membuatkan dia terlupa dirinya sudah bergelar isteri ketika bangun daripada tidur.

“Memandangkan saya sudah tiga tahun lima bulan jadi ibu tunggal, saya ada momen terlupa ada suami di sebelah semasa bangun tidur.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

 

Fasha bahagia melalui alam perkahwinan.

“Saya lupa selepas bangun tidur kena gosok baju suami, siapkan sarapan pagi. Apabila ingat balik momen itu saya hanya mampu tergelak sendiri.

“Itulah kejadian yang buat saya ketawa sampai sekarang, sejujurnya saya seronok dengan kehidupan selepas kahwin sebab ada teman untuk berbincang dan berbual sebelum tidur,” katanya kepada mStar Online.

Pelakon drama Patah Sayap Bertongkat Paruh ini ditemui semasa pelantikannya sebagai duta untuk produk Brands Inner Shine yang diadakan di One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Fasha, 35 dan Aidil, 32, selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis pada Sabtu lalu.

Sebelum ini Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 namun mereka bercerai tiga tahun kemudian.

sumber  : mstar