“Jangan Serah Amanah Kepada Golongan Berm0ral Rendah, Terpalit R4suah”- Sultan Perak

Tauladan Tempatan

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah mengingatkan umat islam agar menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang berm0ral rendah, terpal1t dengan r4suah, s4lah guna kuasa, tidak am4nah dan tidak ikhl4s.

Tambah baginda, umat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan men0lak perlakuan golongan yang berimej mvngkar dan munaf1k, kerana ia boleh mencem4rkan nama baik ummah serta kesucian Islam.

Jangan serah amanah kepada golongan bermoral rendah - Sultan Nazrin Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan menyampaikan watikah pelantikan Ketua Pend4kwa Syarie Negeri Perak kepada Mohd Asri Mohd Ghazali pada Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Penggal 2021-2023, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak dan Ketua Pend4kwa Syarie Negeri Perak di Dewan Al Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan hari ini

Baginda bertitah sedemikian di Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Penggal 2021-2023, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak dan Ketua Pend4kwa Syarie Negeri Perak di Dewan Al Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada 18 daripada 19 anggota MAIPk yang hadir, termasuk Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad dan Ahli Dewan Negara Perak yang juga Yang Dipertua MAIPk, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini serta empat daripada lima Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Turut menerima watikah ialah Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, yang dilantik sebagai Hakim Utama Mahkamah Syariah negeri Perak dan Ketua Pend4kwa Syarie negeri Perak, Mohd Asri Ghazali.

Baginda bertitah, kemuliaan Islam perlu diangkat dan tidak bergantung semata-mata kepada keistimewaan kedudukannya dalam Perlembagaan kerana tanpa pengisian, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan hanya tinggal sebagai frasa perundangan.

“Masyarakat Islam hendaklah dibina daripada kalangan ummah yang mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna dalam semua lapangan, merangkumi kehidupan berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat dan bernegara.

“Masyarakat Islam hendaklah diserlahkan melalui kecemerlangan ummah menguasai ilmu dan pengetahuan, pekerjaan dan profesion, penguasaan ekonomi dan pemilikan kekayaan serta kehebatan budaya dan keagungan tamadun,” titah baginda.

Don't trust hypocrites, those with low morals, Perak ruler tells Muslims | Free Malaysia Today

Dalam pada itu Sultan Nazrin turut menyatakan peruntukan Perlembagaan yang memaktubkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam, memberi jaminan agama Islam dilindungi dan tidak akan terjejas walaupun berlaku perubahan kepimpinan politik negara serta negeri setiap kali selepas pilihan raya.

“Tanggungjawab memberi erti, makna kepada frasa perundangan tersebut terletak di atas bahu setiap umat Islam yang wajib berusaha menjelmakan Islam secara terserlah dalam budaya hidup harian,” titah baginda lagi.

Tambah baginda,  rakyat ketika ini sedang memerhati, mendengar, mengikuti apa yang berlaku di dalam negara dan baginda menyifatkan ujian yang sedang dilalui kini berpunca daripada perbuatan zalim manusia.

“Hamba-Mu memohon agar dilindungi ummah-ummah yang tidak berdosa daripada ditimpa b4la b3ncana akibat daripada perbuatan zal1m pihak-pihak yang telah mel4nggar perintah Mu, Ya Allah. Ya Wahhab! Ya Razak! Ya Rafiq! Ya Muiz!.

“Di atas bahu hamba-Mu ini, Engkau amanahkan tanggungjawab berat sebagai Ketua Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan. Kepada Mu jua, hamba-Mu memohon dikurniakan hidayah agar dapat membantu hamba-Mu menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan, memimpin jemaah menemui jalan lurus yang dapat memberi kebahagiaan dunia serta  akhirat.

“Ketika dunia sedang berhadapan pelbagai kemelut sama ada berbentuk w4bak peny4kit yang terus menular, benc4na alam yang sering melanda, polemik politik yang semakin bergel0mbang dan suasana ekonomi yang suram, kuatkan pegangan dan kukuhkan iman sekalian hamba-Mu agar yakin kepada kuasa-Mu yang Esa,” titah Sultan Nazrin.

Mohd. Annuar dilantik Yang Dipertua MAIPk – Sound Corner

Pada majlis itu, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menerima watikah pelantikan sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

 

Sumber: BH Online, Bernama

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.