Syanie bertemu jod0h lagi, sel4mat berkahwin kali ketiga – “Zahril ber4ni bertemu dengan ibu luah hasrat hati”

Hiburan Keluarga Viral

PELAKON dan pelawak Syanie Hisham selamat melangsungkan pern1kahan dengan jejaka pilihannya iaitu Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat.

Syanie yang juga ahli perniagaan memberitahu sepatutnya perancangan mereka memilih 21 Februari untuk tarikh pern1kahan namun terpaksa diawalkan disebabkan slot hujung minggu di Jawi sudah penuh.

Bersyukur acara akad n1kah berjalan dengan lancar, Syanie, 47, memberitahu dia dan suaminya mer4ncang untuk mengadakan majlis resepsi selepas Perintah K4walan Pergerakan (PKP) t4mat.


Syanie terima lamaran Zahril selepas melihat kesungguhannya.

“Alhamdulillah… semuanya berjalan dengan lancar. Ikutkan kami rancang nak n1kah pada 21 Februari namun tarikh itu sudah penuh sebab musim PKP. Jadi kami pilih tarikh hari ini untuk n1kah.

“Kebetulan pula, hari ini merupakan genap setahun kami bercinta. Acara akad n1kah tadi berlangsung hanya lebih kurang 20 minit sahaja dan selepas selesai di Jawi, kami pulang ke rumah untuk sesi batal air sembahyang.

“Ikutkan perancangan memang ada ajak saudara-mara belah saya dan suami tapi waktu PKP ini tak boleh nak berkumpul. Insya-Allah, kami akan adakan majlis resepsi sebaik sahaja PKP t4mat,” katanya kepada mStar.

Selepas dua tahun berkawan, akhirnya saya terbuka hati untuk terima dia.

SYANIE

PELAKON & PELAWAK

Terdahulu bekas peserta program realiti, MasterChef Selebriti musim kedua ini berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto dia bersama suaminya di Instastory pada Jumaat.

Untuk rekod, Syanie pernah mendirikan rumah tangga buat kali pertama pada 1996 namun bercerai pada 2002 manakala perkahwinan keduanya pada 2014 hanya bertahan selama dua tahun.

Dalam pada itu, Syanie mengakui kegagalan dua perkahwinan sebelum ini membuatkan dia tidak berasa yakin untuk mendirikan rumah tangga lagi biarpun sudah mengenali suaminya sejak tiga tahun lalu.


Syanie akan mengadakan majlis resepsi selepas PKP t4mat.

Namun hati pelakon filem Lagi-Lagi Senario itu berubah selepas melihat kesungguhan Zahril yang berani bertemu dengan ibunya untuk meluahkan hasrat memperisterikannya.

“Kalau nak diikutkan, Zahril mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu saya fikir, belum masanya mencari pengganti. Selepas dua tahun berkawan, akhirnya saya terbuka hati untuk terima dia.

“Saya menjadi semakin yakin selepas melihat kesungguhan Zahril nak jadikan saya isteri dan dia pun ber4ni bertemu dengan ibu saya untuk luah hasrat nak kahwin,” ujarnya.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.