Syifa Melvin & adik-beradik kini bergelar jutawan kosmetik

Hiburan Tempatan Tips Kesihatan

Selepas menjual produk kosmetik sejak Mei tahun lalu, pelakon Syifa Melvin bersyukur dia serta tiga adik-beradiknya iaitu Syatilla, Syida dan Syafiqa Melvin berjaya membawa status jutawan.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 26 tahun itu berkata kejayaan yang diperolehi adalah hasil usaha keras mereka selain memiliki pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan.

“Apapun, kami berasakan masih banyak perkara yang perlu kami belajar dalam bidang perniagaan ini. Apa yang penting…

“…kami gembira kerana apa yang diusahakan mendapat respons positif peminat yang menjadi pelanggan. Keutamaan kami dalam perniagaan ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain,” katanya.

Selain itu, Syifa juga menyifatkan dia seharusnya memberikan pujian kepada The Melvins kerana sangat komited dalam menjalankan perniagaan.

“Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira fasal duit.

“Ibu dan ayah selalu pesan apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi. Alhamdulillah, tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,” ujarnya.

Syifa dan adik-beradiknya iaitu Syatilla, Syida serta Syafiqa Melvin ditemui ketika majlis pelancaran produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam pada Rabu.

Syifa, Syatilla Melvin kini jutawan kosmetik, nafi guna 'cable' sebagai jalan pintas untuk berjaya - Hiburan | mStar

Pada majlis yang sama, mereka turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.

Dalam pada itu, Syifa mendedahkan mereka melabur kira-kira setengah juta bagi memasang 60 papan iklan di setiap lebuh raya di Malaysia.

Mereka juga dalam perancangan menambah lebih banyak lagi papan iklan bagi mengukuhkan jenama produk kosmetik itu dalam masyarakat.

“Setakat ini sudah 60 papan iklan menghiasi lebuh raya di utara, selatan, pantai timur dan Lembah Klang. Kira-kira setengah juta sudah dibelanjakan untuk papan iklan ini.

“Insya-Allah kami dalam perancangan untuk menambah lebih banyak lagi papan iklan di seluruh negara. Doakan semoga perniagaan ini akan terus berjaya dan menerima sambutan luar biasa, ” ujarnya.

 

Sumber : Harian Metro (Najiy Jefri), OMM, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.