Tadika Swasta Di Negeri-negeri PKP Dibenar Dibuka Tapi…

Semasa Tempatan Viral

Tadika swasta di negeri PKP dibenarkan dibuka mengikut konteks keperluan dan mengikut keputusan ibu bapa.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, mengatakan bahawa PKP yang dilaksanakan kali ini berbeza dengan PKP pada bulan Mac yang membolehkan tadika dibuka.

Prasekolah, TADIKA operasi 1 Julai

“PKP kali ini kita buka sektor-sektor ekonomi tertentu, oleh yang demikian, untuk membolehkan ibu bapa yang bekerja menghantar anak-anak mereka ke sekolah, maka kita benarkan supaya tadika-tadika di kawasan PKP untuk turut dibuka,”

Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan untuk menghantar anak ke tadika juga terserah kepada ibu bapa.

“Berkaitan dengan kerungsingan ibu bapa, kita serahkan kepada keputusan ibu bapa dalam konteks tadika tersebut sama ada mereka ingin menghantar anak mereka berdasarkan pertimbangan berkaitan dengan kesihatan dan sebagainya.

“Dalam konteks keperluan, tadika swasta dibenarkan dibuka,” katanya.

Pelajar Tingkatan 2 & 3 Di Negeri PKPB & PKPP Akan Jalani Pembelajaran Di Rumah Sehingga 8 Mac Sebelum Kembali Ke Sekolah

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin Menteri Pendidikan - Pendidik2u

Dalam pada itu, pelajar sekolah bagi tingkatan 2 dan 3 di negeri PKPB dan PKPP akan menjalani pembelajaran di rumah.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, pembelajaran di rumah itu akan dijalankan sehingga 8 Mac.

“Seperti yang pernah dimaklumkan oleh saya pada bulan November lalu, pelajar bagi tingkatan 2 dan 3 akan menjalani pembelajaran di rumah sampai 8 Mac dan selepas itu akan ke sekolah seperti biasa,” katanya.

Hanya Murid Yang Akan Menjalani Peperiksaan Utama Sahaja Akan Ke Sekolah Bagi Negeri-negeri Diisytihar PKP

Menerusi sidang media hari ini juga, Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa bagi kawasan negeri PKP, hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja akan ke sekolah.

Menurutnya, persekolahan akan bermula pada 20 Januari ini.

“Untuk kawasan PKP, hanya murid yang akan menjalani peperiksaan iaitu SPM, SVM, SKM, STPM, STAM, DVM dan peperiksaan antarabangsa yang setara,” katanya.

Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjalani pembelajaran di rumah.

“Murid bagi sekolah menengah di kawasan PKP akan melaksanakan pembelajaran di rumah,” katanya.

Selain itu, murid-murid di sekolah rendah juga akan mengikuti pembelajaran dari rumah.

PKP 2.0: Sesi Persekolahan Fizikal Hanya Untuk Murid Calon SPM, SVM, SKM, STPM, STAM Dan DVM.. Murid Sekolah Rendah Hingga Tingkatan 4 Ikuti PdPR

Semalam, KPM menerusi laman sosial facebooknya memaklumkan hanya calon peperiksaan penting pada tahun ini dibenarkan menjalani pembelajaran secara bersemuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Dalam kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) itu, sesi persekolahan itu perlu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Murid calon peperiksaan akan pulang ke asrama 16 Januari dengan kebenaran Khas rentas negeri

Tangguh sekolah, kecuali calon SPM, STPM - Utusan Digital

Murid yang terlibat adalah calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) pada 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Menurut KPM, murid terlibat akan dibenarkan pulang ke asrama bermula 16 Januari ini dengan kebenaran khas untuk merentas negeri. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat kebenaran khas untuk tujuan tersebut, tulis kenyataan itu.

Murid sekolah rendah, tingkatan 1-4 akan ikuti PdPR

Lelaki Ini Kongsikan Perbezaan Sistem Pendidikan Rendah Di United Kingdom | Iluminasi

Sementara itu, semua murid sekolah rendah, murid tingkatan 1 hingga 4 dan murid semester 2 SVM dan DVM di institusi pengajian di kawasan PKP akan mengikuti pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 20 Januari 2021 ini .

Bagi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ke Tingkatan 1 pula, pentaksiran akan berlangsung pada 20 hingga 29 Januari ini. Pentaksiran kemasukan ke tingkatan 4 pula akan diadakan antara 15 hingga 25 Februari 2021 akan datang. Pihak KPM akan mengeluarkan surat kebenaran khas untuk merentas negeri ke pusat pentaksiran yang ditetapkan.

Guru akan hadir bertugas sebelum 20 Januari

Negara kekurangan guru Bahasa Inggeris, NUTP mahu jumpa menteri infomalay12.blogspot.com - INFO MALAY

Selain itu, semua guru dibenarkan ke tempat bertugas sebelum 20 Januari ini bagi pengoperasian sekolah di mana guru yang terlibat dengan peperiksaan penting di kawasan PKP perlu hadir ke sekolah untuk melaksakanakan PdP secara bersemuka. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat kebenaran khas bagi tujuan tersebut.

Tambah KPM, pelajar di kolej matrikulasi kawasan PKP perlu kekal di kolej bagi sesi pembelajaran secara hibrid di institus berkenaan. Bagi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), mereka akan menjalani pengajian secara dalam talian bermula 17 Januari bagi semua program.

Di samping itu, semua tadika swasta yang berdaftar pula dibenarkan beroperasi secara bersemuka.

Bagi institut pendidikan di kawasan PKPB dan PKPP, pengoperasian adalah tertakluk kepada takwim institusi masing-masing, tulis kenyataan itu.

Kenyataan penuh KPM melalui laman sosial facebook rasmi

 

Sumber: BERNAMA, Siakap Keli, Facebook KPM, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.