‘Congratulations To U Boss ‘- TMJ Timang Cahaya Mata Ketiga, Luis Figo Ucap Tahniah

Hiburan

ISTERI kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata ketiga.

Menerusi perkongsian di halaman Facebook milik TMJ pada awal pagi Rabu, beliau berkata, isterinya selamat melahirkan seorang putera.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah peliharakan sultan,” menurut kenyataan itu.

Tiga keping gambar dimuat naik di laman sosial itu, menunjukkan TMJ bersama isteri dan anak ketiga mereka di sebuah wad hospital.

Image result for Che Puan Khaleeda sambut putera kedua

 

Pasangan diraja itu yang disatukan pada 2014 mempunyai puteri dan putera sulung iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Pada 2018, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim sebagai Raja Muda Johor.

Pemasyhuran itu diumumkan Sultan Ibrahim pada majlis Istiadat sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-60, di Istana Besar, Johor Bahru.

KOMEN LUIS FIGO

Congratulations to you and your wife boss!!

 

Sumber: Mstar/ Harian Metro via menujukebenaran.com