“Tak Mau Tidur Sayang “- Risau Anak Terjatuh, Pak Nil Tegur Penunggang Motosikal Agar Berhenti.

Nama Datuk Aznil Hj. Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil bukanlah nama asing dalam dunia seni tanah air. Beliau mempunyai bakat yang besar dalam dunia pengacaraan sehingga menjadi pengacara nombor 1 Malaysia dan telah banyak melahirkan bakat-bakat baru.

Pak Nil sangat dikenali dengan sikap penyayang dan prihatin terhadap orang-orang di sekelilingnya terutama sekali kanak-kanak. Terbaru, Pak nil telah memuat naik satu video memaparkan dirinya menegur seorang ayah yang menunggang motosikal sambil membonceng anak dalam lingkungan usia 7 tahun sewaktu beliau dalam perjalanan ke suatu tempat.

“Abang berhenti..anak tidur..”

 

Semasa berselisih dengan 2 beranak ini, Pak Nil menyedari keadaan anak yang dibonceng seperti terlelap sambil mem@ut pinggang ayahnya. Oleh itu, Pak Nil bertindak untuk menarik perhatian ayah ini supaya berhentikan motosikal kerana risau akan keselamatan kanak-kanak tersebut.

Pak Nil sempat beri nasihat kepada para ibu bapa di luar sana supaya jangan ambil ringan perkara sebegini kerana malang tidak berbau. Beliau turut mendoakan agar si ayah diberi rezeki tambahan supaya mampu menyediakan kenderaan yang lebih selamat untuk anaknya itu.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut berasa terharu dengan sikap mulia dan keperihatinan Pak Nil yang sanggup berbuat demikian walaupun sudah terkenal.

Di Akhir video kelihatan Pak Nil sebak mungkin mengenangkan kepayahan seorang ayah ini membesarkan anaknya.

 

Sumber  : IG aznilnawawihm/newskini

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf