“Tak perlu pun tribute ni..” – Anjur konsert tribute untuk Sandra, netizen kata tak sensitif?

Hiburan Semasa Tempatan

Konsert tribute #SandraDalamKenangan telah berlangsung dalam suasana penuh h1ba dan pilu di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan pihak produksi yang menjayakan program tersebut selain menyiarkan secara langsung menerusi sebuah stesen televisyen (TV) mengundang rasa kurang senang segelintir penonton.

Menurut mereka, pihak stesen TV sepatutnya mengadakan majlis tahlil berbanding program berunsurkan nyanyian apatah lagi Allahyarham Sandra Dianne baru sahaja mninggal dunia Jumaat lalu.

Tinjauan komen menerusi beberapa posting di Facebook portal Astro Gempak mendapati rata-rata warganet mendakwa program seperti itu seakan-akan terikut dengan budaya barat.

Tak perlu pun buat tribute ni

Macam tak hormat keluarga arw4h?

Budaya barat sangat dah ni

Orang tu baru je mninggal, korang dah terlalak2

Lebih baik tunda daripada menyanyi

Naikkan rating atas kesedihan orang lain?

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang mengambil pengisian program berkenaan dari sudut positif dimana itulah cara terbaik untuk ‘bercerita’ mengenai kebaikkan arw4h sepanjang hayatnya.

Korang yang bising tu, ada tak doakan untuk Sandra?

Astro akan buat bacaan Yasin?

Jangan main hent4m je!

Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria pergi menghadap Ilahi selepas enam hari dalam keadaan krit1kal di Hospital Putrajaya akibat terbabit dalam kemal4ngan jalan raya.

 

Sumber : Astro Gempak, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.