“Tak Pernah Dalam Jangkauan Akal Anak Sendiri Mengimamkan Terawih ” – Norman Hakim Syukur Kali Pertama Danish Hakim Jadi Imam Terawih.

Hiburan

Pelakon Norman Hakim meluahkan rasa syukurnya apabila anak sulungnya,Danish Hakim menjadi Imam Terawih buat pertama kalinya.

Berita gembira itu dikongsikan Norman menerusi Instagram miliknya.

“Bersama sebahagian drpd warga Darul Ilmi selesai Isyak & Terawih

“Hari penting dalam hidup saya & of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial ;kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Terawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP

Bersama sebahagian drpd warga Darul Ilmi selesai Isyak & Terawih

Hari penting dalam hidup saya & of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial ;kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Terawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP

Lepas majlis Iftar Skop Productions,Allah bagi izin jugak utk saya berada di venue ke-2 utk bagi support pada Danish.Mmg dia tak tahu yg saya akan datang & saya sendiri pun tak jangka boleh sampai pada waktu sbb jarak antara kedua2 tempat agak jauh

Reaksi Danish wallahualam tapi nampak dia terpegun & happy sgt bila saya senyum dibelakang dia.Lepas selesai dia tanya “mcmana papa boleh sampai & boleh tahu abg kat sini?” Saya jawab “U are my world and i’ll be there for you especially on yr important day” (mudir & tenaga pengajar dia adalah bff saya,dah tentu setiap saat perangai & pergerakan dia akan sentiasa sampai pd saya.Dia tak tahu yg tu)

Alhamdulillah syukur,tak pernah dalam jangkauan akal yg zuriat sendiri akan mengimamkan terawih.Hadiah nan Agung dari Allah s.w.t, mungkin sebahagian dari doa yg didengariNya ketika pintu langit terbuka,mungkin di dalam Lailatulqadar tahun2 sebelumnya wallahualam

Terima kasih Allah s.w.t atas nikmat kurniaanMu walau sedar khilaf hambaMu ini masih tak melayakkanku utk semua kurniaanMu🥺Tapi Kau tahu Aku tak pernah lelah berusaha menagih taubat & kasih sayangMu

Salam Lailatul Qadar☝🏻

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu juga ada berkongsi video berdurasi enam minit yang menyaksikan Danish menjadi Imam.

Al-Hafiz @danishhakimofficial kali pertama sebagai Imam Terawih 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Malah, Danish juga mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan merdu.

Untuk makluman, Danish,16 merupakan anak sulung hasil perkongsian Norman dan bekas isterinya,Abby Abadi.

Selain dikurniakan Marissa Dania Hakim,14 dan Maria Danisha Hakim, 11 tahun.

Video : IG Norman Hakim/ MH