“Tak Tahu La Kenapa Bila Baju Pink Senyuman Tak Keluar”- Aaron Aziz Layan Perangai Isteri.

Hiburan

Pelakon Datuk Aaron Aziz ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz telah berkongsi momen ketika dia dan keluarga menyambut hari raya aidilfitri, baru-baru ini.

Di samping itu, bintang filem KL Gangster kelahiran Singapura itu turut mendedahkan perangai isteri yang kelakar bersama peminatnya.

“Bukan tak Nak senyum lebih tapi tak tahu la kenapa bila baju pink senyuman tak keluar,

“Yang menghairankan org yg suruh pakai pink TAK PAKAI PINK.. Dia cakap “Tak kan semua org pink nanti macam family pink panther, so I contrast la sikit!.

“Fuhhhhhh jawapan dia memang takde org boleh fight! MashaAllah.

“#abgterdiam #abgsenyumterpaksa #abgbukandayus #abgsayangbini #abgrespectbini #abgikutkanrentak #abglove #abgsteady #isteriabgisALWAYSRIGHT #abgredha #abghashtagscantstop #aaronazizfamilyraya2019 @diyanahalik @diyanahalikcom @bandofbraders @jakeltextile,” tulisnya panjang lebar.,

Lantas, perkongsian pelakon berusia 42 tahun itu telah menjadi perhatian peminat.

Lalu, peminat dan netizen terhibur melihat kata-kata yang telah dikongsikan oleh aktor yang pernah membintangi filem Ombak Rindu.

Untuk rekod, pelakon ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan 4 cahaya mata.

Foto : Instagram Aaron Aziz/MH