“Tanpa sedar, laju airmata..”- Merdu Alunan Tahfiz Muda Ini , Berusia 13 Tahun Telah Menjadi Imam Jemaah Terawih.

Hiburan

Sudah masuk 4 hari umat Islam berpuasa dan  pastinya solat sunat Terawih menjadi amalan selama sebulan ini. Kebiasaannya umat Islam akan hadir ke masjid ataupun surau berdekatan kediaman bagi sama-sama menunaikan solat sunat Terawih.

Untuk menarik lebih ramai jemaah hadir bersolat terawih di masjid, selalunya pihak pengurusan akan memanggil pelajar tahfiz untuk menjadi imam. Hal ini dapat menarik minat jemaah mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran.

Mudanya imam

Semalam, telah tular seorang pelajar tahfiz berusia 13 tahun menjadi imam di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. Hal tersebut menjadi viral kerana bacaannya yang merdu serta usiannya yang masih muda.

Jom Lihat Video Dibawah :

Baru 13 tahun dah berani imamkan jemaah besar

Dikenali sebagai Faris Farhan, 13, pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam ini telah menjadi imam kepada  jemaah masjid tersebut tanpa mengira umur.

Solat Terawih pada malam itu telah pun dirakam di Facebook Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam dan telah pun  disaksikan oleh warganet secara Live.

 

Sayunya dengar bacaan

Menerusi rakaman tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan memuji Faris kerana berjaya mengimamkan jemaah yang ramai walaupun masih muda.

Mereka turut berasa kagum dengan tenaga pengajar anak-anak tahfiz ini kerana berjaya melahirkan individu yang cintakan al-Quran.

 

Sejuk perut ibu mengandung

Terbaik para ustaz yang membimbing

 

Alunan Surah Kahfi 1-7 dari Adik  Faris Farhan

 

Sumber : Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam via rimbabara