Telah lama mengenal sejak di TV3 Ras Adiba Akhirnya Menikah Buat Kali Ketiga. Tahniah!

Lawak & Seram

 

Dengan dua kali lafaz, bekas personaliti TV3, Ras Adiba Radzi, 51, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali, 57, jam 2.38 petang tadi.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, di sini, disempurnakan bapa Ras, Mohd Radzi Wahab, dengan disaksikan Imam Masjid terbabit, Yahya Mat Husin.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 bersama empat dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Ia adalah perkahwinan ketiga Ras dan kedua buat Mohamed Azam.

“ Sebenarnya, kami sudah lama saling mengenali, iaitu sejak masing-masing bertugas di TV3 yang ketika itu beroperasi di Jalan Liku, Bangsar.

“ Bagaimanapun, ketika itu hubungan kami adalah atas paksi profesional. Malah, masing-masing tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh, hari ini.

Rapat selepas ‘reunion’ bekas kakitangan TV3

“ Disember lalu, kami berjumpa kembali pada majlis pertemuan semula (reunion) bekas kakitangan stesen televisyen berkenaan. Ketika itu, kami lebih banyak berkongsi cerita sesama sendiri,” katanya yang sudah lima tahun hidup solo selepas perkahwinan kedua berakhir.

Menurut Ras, sepatutnya pada hari ini mereka akan ditunangkan terlebih dahulu sebelum disatukan sebagai suami isteri. Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat keluarga, ia diteruskan dengan majlis pernikahan.

“ Kami pula hanya mengadakan majlis kecil-kecilan. Lagipun, ia bukan perkahwinan pertama buat saya dan suami,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Ras dikurniakan dua cahaya mata, manakala suaminya pula mempunyai enam anak.

Sementara itu, ketika mengulas berita pemergian teman baiknya, Wafa Abdul Kadir, yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi akibat kans3r, Ras mengakui cukup ralat.

“ Semalam, saya sempat menziarahinya di rumah. Ikutkan, saya teringin memberikan penghormatan terakhir kepadanya, tetapi saya terikat dengan urusan perkahwinan ini.

“ Dia memang antara rakan yang rapat dan saya memanggilnya dengan gelaran Kak Long,” katanya.

Sumber : bharian & mstar