Ucapan istimewa Tengku Permaisuri Selangor buat Sultan Sharafuddin sempena Hari Keputeraan Ke-75

Keluarga Semasa Tempatan

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencuri hati wargamaya apabila menitip satu ucapan istimewa bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-75 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menerusi laman sosial Instagram Selangor Royal Official, sekeping foto pasangan Diraja itu dimuat naik beserta ucapan istimewa untuk tatapan rakyat jelata.

“Ampun Tuanku, patik merafak sembah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku yang ke-75.

“Tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana tiada sambutan diadakan pada hari istimewa Tuanku,” titahnya.

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, keprihatinan Sultan Sharafuddin terhadap rakyat telah menyentuh banyak hati.

Titahnya, Sultan Sharafuddin sentiasa memberi keutamaan kepada risiko yang dihadapi rakyat sejak bermulanya w4bak C0vid-19.

“Ingatan dan sokongan berterusan Tuanku kepada barisan hadapan dan pihak berkuasa menunjukkan bahawa Tuanku benar-benar peduli dan menghargai setiap jiwa.

“Tuanku sering mengatakan itu merupakan ‘wake-up call’ supaya kita sentiasa bersyukur, hidup sederhana, saling mendoakan dan yang paling penting tetap bersatu,” titahnya.

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, jika ramai dapat menyaksikan bagaimana Sultan Sharafudin akan pan1k ketika melihat statistik harian terutama jika kes (C0vid-19) meningkat di Selangor.

“Soalan biasa Tuanku kepada saya setiap hari pada jam 6.30 petang adalah ‘hari ni Selangor berapa ramai’.

“Jadi kepada rakyat Selangor dan semua penduduk negara ini, ketahuilah bahawa anda semua dalam doa Tuanku selalu.

“Semoga Tuanku hidup dengan penuh kebahagiaan, dikurniakan segala taufik dan hidayah, semoga dapat memerintah Negeri Selangor dengan adil dan saksama. Amin ya rabbal alamin,” titahnya lagi.

Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Selangor, bertitah Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor akan dilaksanakan pada tarikh akan ditetapkan bergantung keadaan semasa w4bak C0VID-19 ini.

Sultan Sharafuddin mengharapkan rakyat terus bers4bar dan tenang menghadapi dvgaan dan sentiasa berd0a ke hadrat Allah SWT agar mus1bah menimpa segera diangkat dan dikembalikan semula kehidupan seperti sebelum ini.

Baginda menzah1rkan penghargaan kepada doktor, jururawat, kakitangan hospital dan barisan hadapan yang melaksanakan tugas tanpa mengenal pen4t lel4h bagi mer4wat pesak1t dijangk1ti C0VID-19 serta menceg4h penul4ran w4bak ini.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakyat jelata yang suka melihat foto pasangan Diraja itu di samping ucapan istimewa titipan Tengku Permaisuri.

“Ampun Tuanku, so sweet dan bersemut,” kata seorang wargamaya.

Sweetnya Tuanku berdua,” puji seorang wargamaya.

“Terbaik la Sultan Selangor, humble dan steady,” luah seorang wargamaya.

“Happy birthday Tuanku. This is such a cute photo,” komen seorang wargamaya.

“Ampun Tuanku, bagai pinang dibelah dua,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 16,000 tanda suka daripada warga Instagram.

 

Sumber: Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.