“Cukup elegan & masih berbis4…”- Tengku Permaisuri Selangor mencem4r duIi baca berita di RTM, ramai teruja lihat kemvnculan pertama selepas 5 tahun

Tempatan Viral

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencem4r dvli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM.

Ia sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75.

Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.

Penerbit Berita Perdana Khas Khairul Azli Rahim berkata, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.

Sempena Ulang Tahun Ke-75 RTM. DYMM Tengku Permaisuri Selangor Cemar Duli Baca Berita - REMAJA

”Ini kemunculan kali pertama baginda di kaca tv selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor selepas lima tahun lalu.

”Saya mewakili pihak produksi dan kru penerbitan berita RTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian baginda meluangkan masa untuk menyampaikan berita kami hari ini,” katanya, hari ini.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Tengku Permaisuri Selangor selaku bekas kakitangan RTM telah menyampaikan ucapan tahniah kepada stesen televisyen tersebut yang hari ini menyambut ulangtahun ke-73 nya.

Tambahnya, sebagai seseorang yang pernah bertugas di stesen tersebut, baginda telah menganggap warga kerjanya terdahulu sebagai ahli keluarga sendiri dan kenangannya di sana pasti takkan dapat dilupakan selamanya.


1 April 2019 ~

TITAH UCAPAN TAHNIAH OLEH DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN SEMPENA HARI ULANGTAHUN RTM KE-73

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulangtahun RTM yang ke-73.

Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.Bukan mudah untuk RTM mengekalkan reputasi dan pencapaian terbaik sejak mula ditubuhkan, namun sehingga kini segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan setiap warga kerjanya telah membuahkan hasil dan menempatkan RTM sebagai penyiar terunggul di negara ini.

Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya dipenuhi dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.

Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.Saya turut ingin mendoakan agar seluruh warga kerja RTM sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.
TAHNIAH SEKALI LAGI RTM UNTUK 73 TAHUN YANG CEMERLANG!

Penampilan khas Tengku Permaisuri Selangor itu mengejvtkan penonton saluran TV1 yang rata-rata memuji kerana masih berbakat menyampaikan berita. Kali terakhir baginda tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu.

Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pern1kahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang. Majlis pern1kahan baginda berdua telah dibuat secara sederhana dan ringkas atas titah baginda sendiri.

Sebelum ini penampilan Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin sering mendapat perhatian ramai pihak. Netizen turut memberikan pujian terhadap TPS di laman Instagram Selangor Royal Official yang memuat naik foto-foto rasmi kerabat diraja Selangor.

Sering tampil menggayakan busana menarik di majlis-majlis rasmi, netizen memuji cara TPS berfesyen yang kelihatan ringkas dan elegan. Netizen juga menyifatkan TPS sebagai seorang Permaisuri yang sangat merendah diri serta murah dengan senyuman.

Reaksi penonton

Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata orang ramai memuji keupayaan baginda yang masih mampu membaca berita meskipun kelihatan agak gementar.

Ntizen turut berkata Tengku Permasuri Norashikin mempunyai aura dan berada dalam kelas tersndiri sebagai pembaca berita.

” Lagenda pembaca berita yg berada di kelas Tersendiri..wajah yg penuh kelembutan dan cukup elegan…Masih berbisa rupanya..tahniah permaisuri,” kata Danial

” Dari dulu memang suka baginda baca berita suara lembut bersahaja …walaupun kini jadi permaisuri selangor hilang rindu bila tengok penampilan baginda baca berita tadi,” komen Norizan

” Minat dengan Tengku Norashikin Abdul Rahman time dia jadi pembaca Berita TV1 dulu ..tak sangka akhirnya jadi Tengku Permaisuri Negeri SELANGOR ku.,” tulis Norliyana.

Gaya tak ubah macam dulu… Salah satu sebab patik tengok berita RTM zaman-zaman tuanku” 

“Sedaplah dengar Tengku Permaisuri bercakap”

Sumber: HMetro, Astro Awani, LM, mStar, Instagram selangorroyalofficial

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.