Terjawab Sudah! CEO Mypusaka Dedah Siapakah Waris Faraid Sebenar Arw4h Abam

Keluarga Tauladan Tempatan

Nampaknya kemelut antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.

Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan s4man balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan s4man terhadap dia dan keluarganya.

S4man tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).
Image may contain: 1 person, closeup and outdoor, text that says 'AL FATIHAH untuk Al Marhum Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan @ Abam Bocey Yang telah meninggal dunia lebih setahun yang lalu Semoga ahli keluarganya dapat bermuafakat dan beke rjasama untuk memberi ketenangan keten kepada rohnya di sama'

Berikut Posting dari TN KA sebagai perkongsian kita bersama.

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk campur tangan isu keluarga sesaorang, tetapi kerana saya berada dalam bidang pewarisan dan telah membantu menyelesaikan banyak kes kes pusaka, ramai yang

bertanya kepada saya untuk mendapat pandangan dan analisa akan perkara yang berlaku dan telah tersebar di media social.

Saya akan beri pandangan saya dari sudut professional berdasarkan maklumat saya dapat dari apa yang ada di media dan yang telah menjadi pengetahuan umum.

Siapakah waris Faraid arw4h Abam?

1. Ayahnya (Syed Mohd Redzuan yang diberitakan masih lagi hidup) Hak Faraid 4/24

2. Ibunya (Rosbiah Arshad) hak Faraid 4/24

3. Isterinya (Siti Nurhidayah Mohd Ali) 3/24

4. Anaknya (Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey) bakinya sebagai Assobah Binafsih 13/24. Hak nya akan dijaga oleh penjaganya. Untuk kes ini Ibunya berhak menjadi penjaga.

Apakah tanggungjawab waris arw4h Abam? 

1. Jika ada sebarang harta yang telah dihadiahkan (Hibah) oleh arwah dengan cukup syarat dan rukunnya, keluarkan harta tersebut dari pengiraan Pusaka.

2. Jika ada sebarang harta yang Arwah pegang sebagai pemegang amanah bagi pihak sesiapa, keluarkan bahagian yang dipegang amanah dari pengiraan Pusaka

3. Jika ada sebarang kos pengkebumian, boleh diambil dari harta tunai ynag ditinggalkan seperti duit tunai dalam dompet, duit yang sempat dikeluarkan dari ATM dll. Dan sekiranya ada ahli keluarga yang

dahulukan pembayaran kos kebumi, boleh tuntut dari pusaka tunai arwah.

4. Jika ada sebarang hutang arwah kepada Allah seperti Zakat, Fidyah, Haji, waris boleh gunakan pusaka tunai arwah untuk lunaskan.

5. Jika ada sebaran hutang arwah kepada manusia atau kerajaan, waris uruskan untuk membayarnya mengunakan harta yang ditinggalkan (Rujuk Surah An Nisa ayat 11-12)

6. Jika ada isteri yang sah, Si isteri boleh menuntut 3 perkara

a. Nafkah sara hidup semasa iddah atau sebaiknya selama 12 bulan ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

b. Peruntukan untuk tempat tinggal ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

c. Tuntutan harta sepencarian sekiranya ada harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan mereka

7. Jika ada sebarang wasiat yang dibuat oleh arwah kepada bukan waris atau untuk tujuan kebajikan dan nilainya tidak melebihi 1/3 dari harta yang ditinggalkan, maka wajib waris laksanakan ( rujuk Surah An

Nisa ayat 11 dan 12)

Hak Waris

Setelah dilaksanakan 7 perkara di atas, barulah bakinya menjadi hak waris faraid. Waris-waris ini setelah tahu berapa kadar hak faraid mereka dan nilai pusaka yang ditinggalkan, mereka boleh bermuafakat ( At

Taharuj). Ada 4 jenis permuafakatan yang mereka boleh ambil.

1. Melepaskan hak mereka dengan redha kepada waris lain. Jika ini berlaku waris yang melepaskan hak itu seolah olah memberi sedekah akan hak mereka dan akan mendapat ganjaran pahala

2. Melepaskan hak mereka dengan menerima pampasan yang dipersetujui

3. Semua waris setuju untuk membahagikan pada kadar tertentu

4. Semua waris setuju untuk dibahagi mengikut kadar faraid

Setiap harta boleh mengikut kaedah muafakat ynag berbeza, bukan bermakna satu muafakat terpakai untuk semua harta. CARA TERBAIK MENYELESAIKAN ISU PUSAKA

1. Jemput pihak ketiga yang pakar dalam menyelasaikan isu pusaka. Tindakan sendiri dari pihak waris, lebih lebih lagi dengan pengaruh emosi dan bertindak tanpa kefahaman yang tepat tentang faraid dan

proses urus pusaka akan mengeruhkan keadaan.

2. Mulakan proses urus pusaka di tempat yang sepatutnya, sebaik baiknya dengan bantuan pakar. Membuat kenyataan di media social dan tindakan s4man menyaman tidak akan menyelesaikan masalah

3. Untuk semua yang masih hidup dan yang mempunyai keluarga, harta, Hasrat dan satu haru nanti akan mati, disarankan untuk membuat perancangan legasi yang lengkap.

Analisa peribadi saya

Apa yang berlaku kepada urusan Pusaka arwah Abab, adalah kesilapan yang biasa berlaku dalam pengurusan pusaka masyarakat kita yang menyebabkan ketika ini ada lebih RM 80 billion harta milik orang mati

masih terbeku, ada hampir 1 juta geran tanah masih milik orang mati dan banyak kes perbalahan antara waris berlaku yang menyebabkan urusan pusaka tidak selesai

SEKIRANYA PERKHIDMATAN SAYA DIPERLUKAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI, SAYA SEDIA UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA, INSYAALLAH

Pandangan ikhlas dari KAMARUL AZMAN. CEO Mypusaka

Pemegang tauliah berceramah dan mengajar Faraid dan Urus Pusaka dari Pejabat Mufti Negeri Sembilan ( No Ruj 02749)

Saya tidak menyesal – Ali Puteh

“Saya tidak menyesal” itu kenyataan Ali Puteh ketika diminta mengulas tindakannya menfailkan s4man terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 31, memberitahu, apa yang dilakukan ini dilihat sebagai satu tindakan yang betul dalam mengembalikan maruah keluarganya.

“Selepas abang saya pergi hanya saya satu-satunya lelaki dalam keluarga. Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya dikecam dengan pelbagai kata-kata tidak benar.

“Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan s4man seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya,” katanya kepada Utusan Malaysia sebentar tadi.

Sementara itu, Ali juga memberitahu laman sosialnya kini juga dibanjiri pesanan netizen yang ingin meminta maaf.

“Yang masih mengecam itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengecam ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukum.

“Tapi sebenarnya lebih ramai yang meninggalkan pesanan minta maaf di laman sosial saya. Selama ini tidak tahu apa-apa. Jujurnya saya juga malu dengan apa yang berlaku.

“Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya,” katanya.

Sebelum ini Ali memaklumkan dia menerima surat s4man daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. S4man itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

“Aku xde masalah ngn ali atau dayah ni , dgn kuasa allah kes ni akan terungkai , yg aku geram kat netizen ni maki melampau mcm 100% dia betul , betul la apa benda yg paling tajam dlm dunia ni adalah lidah , harap dpt bersabar bg dua2 belah pihak” tulis seorang netizan

p/s: Apa yang terjadi antara mereka berdua itu boleh diambil sebagai pengajaran kerana beranggapan mungkin ia boleh berlaku kepada diri kita serta keluarga.

 

Sumber: Aida Mypusaka

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.